Tuesday, February 21, 2012

Anwar Tetap Iktiraf Israel

KUALA LUMPUR: Islam tetap tidak mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara walaupun rejim Zionis itu menghentikan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin termasuk mengembalikan semula Baitulmaqdis.
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedia memberi perlindungan keselamatan terhadap Israel sekiranya mematuhi beberapa syarat ditetapkan bukan saja bertentangan dengan Islam, malah turut mengguris hati umat Islam di Palestin.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata tindakan Ketua Pembangkang yang sedia untuk memberi perlindungan kepada Israel itu adalah umpama cubaan untuk ‘menghalalkan’ kewujudan negara Yahudi terbina hasil daripada rampasan hak umat Islam Palestin.
“Isu Palestin ini ia bukan saja membabitkan saudara kita di sana, malah Islam sendiri tindak pernah mengiktiraf mana-mana pihak yang merampas hak orang lain, dalam konteks ini Israel terbina daripada pertumpahan darah umat Islam di bumi Palestin dan hak mereka diambil Yahudi.
“Apakah dia (Anwar) bermaksud Yahudi rampas tanah Palestin boleh dihalalkan begitu saja? Apakah wajar kita mengiktiraf pihak yang merampas hak orang lain. Sedangkan kita menghulur bantuan kepada Palestin dan boikot produk Yahudi, saya kira ada masalah pada orang ini (menyokong Israel).
“Walaupun mereka mematuhi beberapa syarat seperti menghentikan kekejaman terhadap umat Islam dan mengembalikan semula Baitulmaqdis, apakah mereka sanggup mengembalikan semula tanah Israel kepada rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, walau apa saja alasan dikemukakan namun kewujudan Israel tetap tidak boleh diiktiraf dan rakyat perlu menilai sebaik mungkin tindakan pemimpin yang mengiktiraf kewujudan Israel.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya, berkata umat Islam harus sedar Allah tidak pernah membezakan zionis dan Yahudi kerana kedua-duanya sama iaitu tidak mengiktiraf kewujudan agama lain di muka bumi ini.
Bukan itu saja, Israel juga tidak mempunyai hak ke atas bumi Palestin dan mereka tidak layak untuk menerima sebarang pengiktirafan apatah lagi kewujudan negara rejim zionis itu adalah hasil pencerobohan terhadap negara Islam.
“Kita tidak perlu memberi perlindungan keselamatan kepada Israel, cukuplah sekadar perjanjian damai bahawa mereka tidak lagi menyerang Palestin dan mengembalikan haknya, kenyataan Anwar ini adalah berlebihan dan beliau seolah-oleh mengiktiraf Israel.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan pendirian Anwar itu membuktikan beliau mahu membersihkan `dosa’ menyinggung perasaan orang Yahudi apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meniru gagasan 1Malaysia atas nasihat APCO yang dituduh sebagai agen Yahudi.
Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, sudah dijangkakan Anwar tidak akan menyaman WSJ kerana laporan akhbar itu adalah benar, sekali gus membuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya mengiktiraf kewujudan Israel.
“Anwar lebih mengutamakan sokongan Amerika dan Yahudi untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menjadi Perdana Menteri.
“Dia sanggup menyakiti hati rakyat Malaysia yang menolak kewujudan negara Israel. Soalnya apakah PAS sanggup bersekongkol dengan Anwar dan PKR?
“Saya yakin PAS tidak berani meninggalkan pakatan pembangkang kerana takut kalah tanpa sokongan PKR dan DAP. PAS turut berlakon kerana mereka lebih takut pada Anwar,” katanya.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata Nik Aziz tidak ada kredibiliti untuk menerima penjelasan Anwar secara peribadi kerana beliau adalah rakan kongsi politik Ketua Pembangkang itu dan terbukti Nik Aziz sentiasa menyebelahi Anwar termasuk dalam kes liwat dan video seks.
“Penjelasan kepada Nik Aziz adalah satu lakonan politik. Anwar hanya anggap Nik Aziz yang penting dan ahli Majlis Syura PAS tidak penting, justeru kita desak Anwar memberi penjelasan kepada Majlis Syura,” katanya.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula mendesak Anwar berhenti daripada terus menipu rakyat termasuk Nik Aziz, sebaliknya berpendirian dengan mengaku menyokong Israel.
“Apabila Anwar membuat keputusan tidak menyaman WSJ, bermakna beliau secara tidak langsung mengaku bersalah, sebab itu dia tidak boleh memutar belit apa yang dilaporkan oleh akhbar itu, apatah lagi untuk menyaman.
“Jika Nik Aziz faham penjelasan Anwar bermakna Anwar berbohong pada Nik Aziz,” katanya.

Monday, February 20, 2012

RM1 Untuk Selamatkan Faris

Dipetik daripada blog: www.mazidulakmal.com

Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail.

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi.

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.


Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

SILA HEBAHKAN
Share1192

Bila Profesor Bodoh!!!!!

Tidak faham bagaimana Universiti Malaysia, antara institusi pengajian tertua dinegara ini boleh menyimpan seorang seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang bodoh dan dangkal.

Bayangkan bagaimana dia meletakkan punca kemiskinan di Kelantan di atas batu kepala Perdana Menteri.

Tanpa kajian tetapi melalui kenyataan bersahaja beliau mudah mengutarakan pendapatnya dan tidak pelik kalau ramai muridnya yang ‘disesatkan’ dan ikut bodoh oleh teori dan dan faktanya seperti itu.

Beliau menolak dakwaan Datuk Sri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini dan kerana itu Profesor berkenaan mengatakan Perdana Menteri “hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.”

Pensyarah UM itu berkata, jika benar dakwaan itu, “ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

Memang patut pun rakan blogger, HAMBALI ABDUL LATIFF mengatakan Profesor UM ini layak dinaikkan ke jawatan professor penuh kerana pendapatnya ini memang ‘bijak dan tepat’ apalagi kemiskinan di Kelantan itu maknanya disebabkan oleh Kerajaan Pusat.

Profesor UM itu juga berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

Tidak mahu mengulas panjang tetapi dengan fakta berikut seperti yang dikemukakan oleh blog hambali1, kita dapat mengatakan Profesor UM ini memang bodoh.

Beberapa soalan mudah dikemukakan oleh Hambali kepada Profesor UM itu:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan ‘Islam yang menjaga kebajikan’ melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

6. Berikut adalah projek-projek Kerajaan Pusat untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005;

b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat);

f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Thursday, December 15, 2011

Hassan Ali Boleh Keluar PAS

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menyekat mana-mana pemimpinnya yang berhasrat untuk meninggalkan parti itu termasuk Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sekiranya ingin berbuat demikian.
Bagi parti yang ditubuhkan pada tahun 1951 itu, mereka pernah kehilangan beberapa pemimpin besar bertindak meninggalkan PAS dan menyertai UMNO, tetapi masih mampu bertahan dalam memperjuangkan ideologi politiknya sehingga kini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata parti itu tidak akan memberontak sekiranya ada dikalangan pemimpin mereka ingin meninggalkan parti itu termasuk menyertai UMNO dan yakin sokongan rakyat terhadap mereka tidak berubah.
“PAS pernah melaluinya dulu, kita kehilangan bekas Presiden PAS, Datuk Mohd Asri Muda dan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti ini dan PAS tidak memberontak.
“Terpulang kepada beliau (Hassan) kalau betul itu kenyataannya (untuk meninggalkan PAS). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih.
“Saya tidak merujuk kepada sesiapa pun dan saya tidak menggalakkan mana-mana pihak untuk meninggalkan parti ini, bukan saya hendak suruh sesiapa keluar, tapi kalau sudah hendak keluar kita tidak boleh menghalangnya” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Hassan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dikatakan akan meninggalkan PAS dan menyertai UMNO setelah berdepan pelbagai krisis dalaman parti itu termasuk usaha untuk menyingkirkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun Hassan menafikan khabar angin itu, namun menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam termasuk UMNO demi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.
Rentetan kemelut yang melanda Hassan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa tampil membidas golongan tertentu dalam parti itu yang disifatkannya mendahului Presiden dalam hal membabitkan calon PRU-13.
Mengulas mengenai kenyataan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu, Mahfuz berkata hanya Presiden yang mempunyai berhak untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya umum nanti setelah melalui perbincangan secara kolektif dengan Majlis Syura Ulama berdasarkan senarai pencalonan dikemukakan.
“Itu hak eksklusif Presiden untuk mengumumkan siapa calon PAS, secara rasmi belum lagi diumumkan PAS. (Berhubung pengumuman PAS Selangor mengenai Hassan yang digugurkan sebagai calon) itu kena tanya Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib,” katanya.

Tuesday, December 13, 2011

DAP, PKR Tidak Senang Dengan Dr Hassan Ali


KUALA LUMPUR: Ada usaha pihak tertentu dalam PAS bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyingkirkan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau dikatakan terlalu memperjuangkan Islam dan kepentingan Melayu.
Antara isu diperjuangkan Hassan yang kurang disenangi rakan sekutu PAS ialah penguatkuasaan larangan penjualan arak di Shah Alam dan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Ogos lalu.
Sumber dalaman parti itu mendakwa, pelbagai isu ditimbulkan kini termasuk soal pencalonan Hassan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, sengaja diwujudkan bagi menghalangnya bertanding pada PRU-13.
"Banyak isu-isu yang diperjuangkan (Datuk) Hassan seperti isu arak dan terbaru isu mengkristiankan orang Islam kurang disenangi DAP dan PKR. Beliau dilihat lebih banyak memperjuangkan isu-isu Islam dan kepentingan Melayu di negeri Selangor.
"Apa yang dikhuatiri ada pemimpin PAS yang menjadi tali barut kepada DAP dan PKR untuk menyingkirkan terus Hassan daripada bertanding.
"Mereka bimbang perjuangannya akan menjejaskan sokongan rakyat terutama bukan Islam terhadap parti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Semalam akhbar melaporkan, Hassan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor menjelaskan beliau rela tidak dipertandingkan jika perjuangannya untuk Islam, Melayu dan institusi Raja kurang disenangi.
Hassan juga meluahkan kekecewaan dengan tindakan PAS Selangor berhubung pendedahan kononnya beliau digugurkan sebagai calon PRU-13, sedangkan beliau tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.
Namun, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak menganggap isu yang melandanya sebagai penghalang kemaraannya dan akan terus memperjuangkan keagungan Islam, kepentingan Melayu dan institusi Raja sekalipun disingkirkan.
Sementara itu sumber berkata, isu pencalonan di peringkat cawangan sengaja ditimbulkan dan diperbesarkan pihak tertentu dalam PAS yang sememangnya ingin memastikan Hassan tidak dicalon parti itu untuk mempertahankan kerusi dimenanginya.
"Mengapa perlu menimbulkan isu pencalonan di peringkat cawangan, pada hal sebelum ini berapa ramai calon PAS yang bertanding pada pilihan raya umum lalu tidak mendapat pencalonan cawangan, sebaliknya diarahkan oleh pimpinan pusat untuk bertanding di kawasan tertentu," katanya.

Monday, December 12, 2011

PRU-13: PAS Selangor nak matikan Hassan Ali


PETALING JAYA: Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali kecewa dengan tindakan PAS Selangor berhubung pendedahan kononnya beliau digugurkan sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya didedahkan oleh pemimpin PAS Selangor memandangkan pucuk pimpinan parti belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukannya dan perbuatan itu dilihat sebagai mendahului pimpinan pusat.
Katanya, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia pada PRU-13 nanti dan tetap meneruskan perjuangan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja.
"Saya musykil dengan kenyataan yang dikeluarkan mengenai pencalonan ini lantaran ia disebarkan melalui media bertepatan dengan suasana dan keadaan di mana seorang pemimpin PAS menerima pengiktirafan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
"Masa saya hendak terima anugerah daripada Tuanku tiba-tiba keluar dalam surat khabar Dr Hassan tidak dapat pencalonan mencukupi. Apa yang anda akan rasa, malah perkara itu tidak diberitahu saya, saya merasakan macam ada sedikit gangguan di peringkat negeri untuk mengganggu kemaraan Dr Hassan. Ini spekulasi saya dan harap ia tidak berlaku.
"Hal pencalonan perlu diputuskan PAS pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Tidak sesuai sekiranya mana-mana individu mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini. Saya harap pimpinan tertinggi parti dapat memantau," katanya pada sidang media, di kediamannya di sini semalam.
Beliau berkata, sememangnya pencalonan cawangan diambil kira oleh PAS, tetapi ada kalanya ia tidak menjadi penentu utama sekiranya ada pertimbangan lain dan buktinya beliau sendiri ketika bertanding pada pilihan raya umum lalu bukan atas dasar pencalonan cawangan.
Ketika ditanya mengenai perpaduan antara PAS dan UMNO, Hassan menjelaskan beliau sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendaulatkan Islam dan adalah menjadi kewajipan baginya menyatukan umat Islam merentasi sempadan budaya, warna kulit dan ideologi.
Malah, katanya, beliau sedia jika dipilih oleh kerajaan pusat atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menganggotai satu jawatankuasa berhubung perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini.
"Saya tidak perlu pengiktirafan mana-mana pihak termasuk Presiden PAS. Saya tidak perlu DAP sukakan saya atau PKR sukakan saya. Saya cuma ingin keredaan Allah terhadap usaha kecil yang saya lakukan," katanya.
Di tanya sama ada beliau akan bertanding atas tiket bebas jika tidak dicalonkan, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu berkata ia sukar dijawab kerana masa dan keadaan saja yang menentukannya.

Monday, October 24, 2011

Kerajaan Selangor Gagal Bangunkan Kawasan Pelancongan

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin pakatan pembangkang gagal mengurus tadbir kewangan pembangunan berjumlah RM1.2 juta bagi menaik taraf lima produk pelancongan, sebaliknya peruntukan terbabit digunakan bagi membiayai penubuhan Tabung Warisan Anak-Anak Selangor (TAWAS).
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan hasil semakan pihaknya mendapati kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membelanjakan peruntukan sudah diluluskan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi tahun 2008 dan 2009.
Lima produk pelancongan yang perlu di naik taraf adalah di bawah tanggungjawab Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Tourism Selangor.
“Pada pendapat audit, pengurusan kewangan pembangunan pelancongan tidak memuaskan kerana terdapat peruntukan yang tidak dibelanja atau dibelanjakan untuk tujuan lain. Bagi menjamin industri pelancongan terus berkembang dengan amalan seperti ini harus dielakkan.
“Peruntukan sejumlah RM70,000 yang diluluskan bagi mempromosi dan menaik taraf produk pelancongan tidak dibelanjakan sehingga tarikh penutupan akaun tahun 2010. Bagaimanapun perbendaharaan Selangor menggunakan peruntukan tersebut bagi membiayai penubuhan TAWAS,” katanya.
Peruntukan RM1.2 juta itu sepatutnya digunakan bagi membina kemudahan asas di kawasan pelancongan seperti Hutan Lipur Kancing, kawasan rekreasi Sungai Congkak, medan sate Kajang, Rumah Rehat GAP, Rumah Rehat Sri Berkat, Kolam Air Panas Selayang dan rumah pam GAP di Bukit Fraser dan Taman Warisan.
Sementara itu, dalam mempromosikan destinasi pelancongan kerajaan Selangor juga turut dikesan menyalahgunakan papan iklan bergambar pelancongan apabila menggunakannya bagi tujuan lain atas arahan pihak pentadbiran.
Sebanyak RM22,000 diperuntukkan kepada Tourism Selangor untuk memasang tiga unit papan iklan bertemakan pelancongan di daerah Hulu Selangor, semakan audit mendapati satu papan iklan berkaitan pelancongan dipasang di Jalan Rasathurai, Kuala Kubu Bharu, manakala dua lagi tidak berkaitan dengan pelancongan.
“Papan iklan yang dipasang di mini Stadium, Kuala Kubu Bharu dan laluan Pekan Rasa ke Kuala Kubu Bharu bukan berkaitan dengan pelancongan sebaliknya mempromosi TAWAS dan kempen air percuma.
“Tourism Selangor menjelaskan bahawa ia adalah hak milik MDHS, pemaparan papan iklan bergambar selain daripada papan iklan bergambar asal iaitu destinasi pelancongan adalah atas arahan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Arkib

Slideshow

Loading...