MAJLIS TPM DI RENGIT HAMBAR KERANA PROTES

Isu pengguguran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi daripada bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat pastinya menjadi topik hangat yang masih dibualkan sehingga hari ini,

Malah, ramai yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan BN itu mengenepi Ketua Bahagian Batu Pahat berkenaan selepas beliau bekerja keras hampir lima tahun bagi merampas kembali kerusi itu pada PRU14 kali ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tegas mempertahankan 'keputusan' memilih Ketua Wanita Bahagian Batu Pahat, Hasliza Abdullah menerima tempias yang cukup hebat apabila dipulaukan rakyat kawasan itu dalam satu majlis di Batu Pahat.

Kehadiran Ahmad Zahid di Kampung Parit Tengah Rengit iaitu dalam kawasan N25 DUN Rengit mendapat sambutan hambar dan tidak ceria ekoran keputusan penyingkiran Mohd Puad.

Ahmad Zahid hadir bagi merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Dataran Rengit dan membantu kempen Ayub Jamil yang menjadi calon BN untuk N25 DUN Rengit.

Dalam  ucapannya, Ahmad Zahid memuji sampai ke langit Ayub kerana majoriti kemenangan beliau terus meningkat daripada dalam tiga PRU lalu. Banyak pihak mendakwa Ayub tersenarai semula kerana dia adalah penyokong kuat Ahmad Zahid.

Oleh sebab itulah ramai yang melihat senarai calon yang terpilih kali ini adalah kalangan penyokong warlord dalam UMNO yang lebih mengutamakan persiapan menghadapi pilihan raya parti selepas PRU ini

Ramai yang hadir termasuk pengundi Cina pada majlis itu mempertikai ucapan Ahmad Zahid di majlis tersebut kerana mengambil kesempatan menghentam tindakan Mohd Puad  sebagai orang yang merajuk, kecewa dan tidak setia. 

Mohd Puad kali ini tidak dicalonkan walaupun telah bekerja keras selama hampir lima tahun. Dan dalam sejarah politik Mohd Puad ini adalah kali ketiga beliau 'dicantas' pada saat-saat akhir.

Mereka yang hadir pada majlis itu kecewa dengan sikap Ahmad Zahid yang keterlaluan kerana ramai yang hadir ketika  itu adalah penyokong Puad. 

Ahmad Zahid sepatutnya mengambil pendekatan perpaduan dan bukannya menghentam. Sebab itu ketika ucapannya Ahmad Zahid terpaksa meminta hadirin tepuk tangan kerana ucapannya yang banyak mengkritik Mohd Puad diabaikan orang ramai ketika itu.

TPM silap berbuat demikian kerana majoriti rakyat yang hadir lebih dekat dan cukup mengenali Mohd Puad termasuk gerak kerjanya.

Terkesan dan menyedari tindakannya itu kurang disenangi, Ahmad Zahid  terpaksa bercakap menggunakan bahasa Jawa kerana majoriti yang hadir berketutunan Jawa.



Comments