“Laluan kami
sukar untuk menang jika Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertanding,” demikian luah pemimpin
pembangkang Batu Pahat yang ditemui penulis baru-baru ini.
Agak pelik
bagi penulis apabila pemimpin berkenaan yang juga jentera Pakatan Harapan (PH)
mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada penulis sedang mereka bekerja untuk
memenangkan pakatan itu.
Meneruskan
perbualan dengannya sambil menikmati secangkir kopi panas di sebuah restoran di
bandar Batu Pahat, penulis cuba mendalami apa yang diperkatakannya.
“Macam mana
kami mahu menang, Mohd Puad sudah dikenali berdasarkan rekodnya sebelum ini
yang pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat, tambah pula selepas tewas, beliau
terus ‘bekerja’ kepada rakyat.
“Wakil
rakyat kami (PKR) pula sering hilang dari kawasan berbanding berada dalam
kawasan untuk mendengar masalah rakyat. Bahkan, hampir sepenggal ini pun masih
ada rakyat yang belum mengenali beliau.
“Kami menang
sebelum ini bukan kerana kami kuat, tetapi beberapa faktor iaitu, Tsunami Cina,
undi PAS dan juga masalah dalaman UMNO itu sendiri. Namun, kali ini situasinya
tidak begitu,” katanya.
Pun begitu
katanya, seperti permainan bola sepak selagi mana wisel penamat belum ditiup
pengadil, pemburuan kemenangan tetap berlaku meskipun sedar berdepan laluan sukar untuk mencipta kemenangan.
Oleh
Haspaizi Mohd Zain
Penulis
ialah bekas wartawan BH dan pemerhati politik
Comments