PENGUNDI BATU PAHAT JANGAN TOLAK TUAH


Banyak limpahan nikmat bantuan dan sumbangan disalurkan UMNO /Barisan Nasional (BN) Batu Pahat kepada masyarakat di kawasan itu hasil usaha Ketua Bahagiannya, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Hubungan yang baik dan kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Mohd Puad membolehkan apa saja perkara berbangkit mendapat perhatian pemimpin utama negara itu.

Misalnya, pembinaan Surau Al Muttaqin, Taman Banang Heights mendapat peruntukan daripada Perdana Menteri sebanyak RM200,000, begitu juga sumbangan sebanyak RM384,000 diluluskan Najib untuk diagihkan kepada Kelab Bilik Guru (KEBIRU) membabitkan 64 buah sekolah dalam Parlimen Batu Pahat.

Semua ini dapat dinikmati kerana hubungan baik yang terjalin antara Mohd Puad dan Perdana Menteri sehingga membolehkan segala permasalahan rakyat yang diangkat mendapat perhatian.

Apakah masyarakat Batu Pahat mahu menolak kelebihan yang dimiliki dan tidak berasa bangga kerana memiliki pemimpin seperti Mohd Puad yang mendapat kepercayaan pucuk pimpinan utama negara.

Oleh itu, tiada alasan untuk pengundi Batu Pahat menolak Mohd Puad dalam PRU-14 nanti, sedangkan banyak kelebihan dan keuntungan yang bakal diraih masyarakat sekiranya mengangkat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu sebagai wakil rakyat.

Keupayaan dan kejayaan Mohd Puad dalam menabur bakti dan khidmat kepada rakyat sudah terbukti, jadi, tiada alasan untuk pengundi Batu Pahat memilih calon daripada pembangkang yang belum mampu berkhidmat dengan baik.

Jadikanlah sepenggal ‘zaman gelap’ Batu Pahat ketika berada di bawah kepemimpinan Datuk Mohd Idris Jusi yang sering hilang daripada kawasan sebagai sandaran kukuh untuk orang Batu Pahat menolak pembangkang pada PRU-14 nanti.


Oleh Haspaizi Mohd Zain
Penulis bekas wartawan politik BH dan pemerhati politik


Comments