Tan Sri
Annuar Musa dipertaruhkan sekali lagi oleh BN untuk mempertahankan kerusi
Parlimen Ketereh yang dimenanginya pada PRU13 lalu.
Keputusan
pucuk pimpinan UMNO/BN mempertaruhkan Annuar bertanding di kerusi berkenaan
pada PRU14 kali ini adalah sudah pasti kerana rekod cemerlangnya sepanjang
hampir lima tahun bergelar Ahli Parlimen Ketereh.
Sememangnya
prestasi Annuar di Ketereh tidak dapat disangkal lagi, banyak perubahan yang
berjaya dilakukan oleh ketua Penerangan itu dalam tempoh sepenggal lalu.
Ketereh
bukan saja berubah dari segi geoplitiknya, malah dari segi pembangunan
fizikalnya juga tampak ketara melalui beberapa pembangunan yang dibawa masuk
bagi manfaat rakyat.
Uniknya,
Annuar tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal semata-mata,
sebaliknya turut mengambil kira soal
pembangunan sahsiah dan kecemerlangan ilmu.
Dalam tempoh
yang singkat itu, perubahan yang dibawa oleh Annuar cukup ketara dalam melakar
wajah baharu buat Ketereh lebih maju.
Pembinaan
lebuh raya, Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, kolej matrikulasi, kolej
komuniti, menaik taraf masjid surau, kebajikan rakyat termasuk pembinaan rumah
kepada mereka kurang berkemampuan antara agenda dilaksanakan pemimpin itu.
Dalam tempoh
yang singkat, jasa Annuar kepada Orang Parlimen Ketereh (OPT) sudah terbukti.
Kali ini,
sekali lagi pengundi Ketereh bakal menentukan Ahli Parlimennya yang baharu
melalui pentas demokrasi yang dibuka setiap lima tahun.
Apakah
Annuar akan terus dikekalkan? Atau muka baharu yang bakal diberi laluan.
Namun,
sebelum membuat keputusan, fikirlah dengan mata hati yang tenang dan waras,
pilihlah insan yang sudah terbukti kejayaannya dalam membawa perubahan kepada
Ketereh dan bukan individu yang hadir secara bermusim bagi memenuhi ‘nafsu’
pihak tertentu.
Usahlah
meletakkan harapan pada mereka yang datang secara bermusim menawarkan bulan dan
bintang, sebaliknya letaklah kepercayaan dan harapan pada pemimpin yang sudah
terbukti jasanya.
Comments