Rabu, 11
April 2018 tercatat dalam lipatan sejarah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14), rakyat Ketereh menerima kujungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Razak yang pastinya menjadi kenangan terindah buat mereka.
Sememangnya,
kunjungan Najib ke Ketereh adalah satu penghormatan kepada Orang Parlimen
Ketereh (OPT) yang berdiri teguh menyokong kepemimpin negara.
Bukan
sekadar kunjungan, kehadiran Perdana Menteri ke Ketereh dalam satu majlis yang
dihadiri belasan ribu masyarakat berbilang kaum itu juga turut mendapat buah
tangan istimewa daripada pemimpin nombor satu negara itu.
Jambatan
dari Kampung Serendah ke Chetok yang menghubungkan terus Parlimen Ketereh ke
Rantau Panjang bernilai hampir RM100 juta yang diperjuangkan Tan Sri Annuar
Musa menjadi kenyataan apabila Najib mengumumkan pembinannya.
Sudah pasti,
pembinaan jambatan ini akan memberi limpahan nikmat dan nilai tambah buat
masyarakat kawasan terbabit khsusunya OPT.
Kesudian
Perdana Menteri hadir ke Ketereh untuk bersama masyarakat adalah manifestasi
ataupun simbol hubungan baik yang terjalin antara Annuar dan pemimpin nombor
satu negara itu.
Ia
membuktikan keakraban Annuar dengan Perdana Menteri serta kepercayaan pemimpin
negara terhadap penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu yang akhirnya membawa
limpahan nikmat buat rakyat.
Apakah orang
Parlimen Ketereh tidak berasa bangga dengan penghormatan ini? Pemimpin yang
mereka angkat sebagai Ahli Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya
Umum Ke-13
(PRU13) lalu mendapat kepercayaan pemimpin nombor satu negara.
Oleh itu, sekiranya
pengundi Ketereh sekali lagi menjulang Annuar selaku wakil rakyat pada PRU14
nanti, mereka pastinya berbangga kerana telah mengangkat anak Kelantan untuk
berada dalam kedudukan politik nasional yang strategis.
Keupayaan
Annuar memimpin penerangan UMNO sehingga mengembalikan kembali ‘taring’ parti
keramat orang Melayu, Islam itu cukup dihargai Perdana Menteri.
Yakinlah,
selaku Perdana Menteri dan sahabat baik terhadap Annuar yang telah banyak
membantu UMNO khususnya bagi menghadapi PRU14, limpahan nikmat bakal diraih OPT
sekiranya Annuar terus menerajui Ketereh.
Yakinlah, Annuar adalah pilihan terbaik untuk terus menerajui Ketereh
Comments