Orang Ketereh Jangan Tolak Tuah




Gendang perang PRU14 telah dibuka, sekali lagi sebagai sebuah negara demokrasi rakyat diberi kuasa untuk memilih dan menentukan wakil rakyat serta kerajaan yang bakal mewakili mereka.

Dalam konteks Parlimen Ketereh, tempoh perkhidmatan Tan Sri Annuar Musa telah berakhir, terserah kepada rakyat untuk menyambung kembali khidmatnya ataupun tidak.

Pada ketika ini rakyat mempunyai kuasa mutlak, namun sebaiknya kuasa itu digunakan seiringan dengan pertimbangan yang waras dan bukannya bersandarkan kepada emosi.

Tempoh lima tahun Annuar menjadi ‘hamba’ kepada rakyat Parlimen Ketereh, beliau sudah membuktikan pembaharuan dan perubahan dijanjikan demi kesejahteraan masyarakat kawasan itu.

Pertolongan disalurkan olehnya selaku wakil rakyat tanpa mengira agama dan bangsa serta tidak pernah memikirkan ideologi politik, atas nama wakil rakyat beliau menjalankan amahnya dengan penuh tanggungjawab.

Pembangunan fizikal dan kesejahteraan hidup rakyat menjadi keutamaan Annuar dengan menyantuni orang Ketereh serta membantu mereka yang memerlukan.

Berdasarkan apa yang dibuktikan Annuar, bersandarkan kepada pencapaiannya, tidak ada alasan untuk pengundi Ketereh menolaknya pada PRU14.

Khidmat cemerlang Annuar selama lima tahun mengangkat suara rakyat khususnya di Parlimen Ketereh perlu diteruskan.

Apakah orang Ketereh tidak berbangga memiliki wakil rakyat yang mendapat kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi negara iaitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jika Perdana Menteri yakin dan percaya kepada Annuar sehingga dilantik memegang antara jawatan penting dalam parti, apakah pengundi Ketereh masih sangsi dan mahu meletakkan kepercayaan kepada individu yang belum terbukti kemampuannya.

Orang Parlimen Ketereh menolak tuah sekiranya tidak menyambung khidmat Annuar pada PRU14 nanti. Tidak musthail jika Annuar menang beliau akan diangkat memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet.

Berdasarkan kepada kepercayaan Perdana Menteri, tidak mustahil wakil rakyat yang bakal dipilihn orang Ketereh itu nanti akan memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Sudah pasti jika Annuar menjadi Menteri, yang untungnya adalah orang Ketereh kerana bakal mendapat limpahan nikmat untuk kehidupan yang sejahtera.

Yakinlah, Annuar menang orang Ketereh senang.


Comments