HAYATI TITAH TMJ



Ingatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya, menolak pembangkang yang dipimpin individu berusia 93 tahun iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sangat tepat.

Baginda jelas dapat melihat agenda perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Mahathir bukan kearah ingin membina negara lebih baik, sebaliknya untuk merosakkan negara.

Walaupun tidak mahu mencampuri urusan politik, namun, sebagai Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dan sayangkan rakyat, baginda menyuarakan pandangan bagi memastikan rakyat tidak tersalah membuat pilihan kerana bahtera UMNO/BN yang ada kini sudah mengemudi negara dengan baik sejak puluhan tahun.

Kepemimpin PH ini bukan saja pemimpin utamanya tidak berintegriti, malah calon-calon yang ditampilkan juga tidak boleh diharapkan untuk membawa suara rakyat.

Misalnya apa yang berlaku di Batu Pahat, keputusan pengundi mengangkat Datuk Mohd Idris Jusi sebagai Ahli Parlimen, jelas satu kesilapan tidak boleh dimaafkan apabila individu yang diangkat mereka tidak lebih sekadar ‘wakil rakyat bermusim’.

Mohd Idris bukan saja tidak mempedulikan nasib rakyat melainkan sekadar makan gaji buta, malah lebih daripada itu sering hilang dari kawasan dan banyak berada di Kuala Lumpur.

Justeru, sudah tiba masanya untuk pengundi membuat penilaian kembali, titah TMJ wajar diperhalusi kerana baginda sudah nampak taktik dan permainan licik pembangkang yang tamakkan kuasa sedang berusaha menguasai negara.

Raja dan rakyat berpisah tiada.



Comments

panphylaquail said…
How to bet with a live dealer in a casino - Goyang FC
Live casinos offer the 포커규칙 same odds and 토토사이트직원모집 lines of play as 프리 벳 in-person bingo, and you 도박장 can even play against real players in online 바카라검증사이트 casinos