PEMBANGKANG HANYA PANDAI 'TEMBERANG'






Sabtu, 7 April 2018 secara rasminya Parlimen ke-13 terbubar bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan selepas hampir lima tahun Barisan Nasional (BN) mendapat mandat rakyat menerajui kerajaan.

Dalam tempoh satu penggal Batu Pahat jatuh ke tangan pembangkang iaitu PKR, apakah buah tangan yang ditinggalkan oleh wakil rakyat kawasan itu Datuk Mohd Idris Jusi kepada pengundi sebagai tanda terima kasih.

Boleh dikatakan tiada ‘hadiah’ istimewa yang boleh dibanggakan oleh rakyat sebagai ‘peninggalan’ daripada Ahli Parlimen Batu Pahat itu kerana sepenggal telah menerima ‘gaji’ yang disumbangkan pengundi kawasan itu.

Memang tidak dapat dinafikan pemimpin dan wakil rakyat pembangkang hanya pandai bercakap, kalau dengar mereka bercakap ‘gajah pun boleh terbang’. Akhirnya rakyat ditipu dan ditemberang oleh mereka.

Itulah yang terjadi di Parlimen Batu Pahat, pengundi ditipu hidup-hidup oleh wakil rakyat PKR itu, ketika rakyat berdepan kesulitan, beliau sedang nyenyak tidur di Kuala Lumpur, turun kawasan sekali sekala sekadar ‘punch card’.

Hakikatnya, sepanjang lima tahun ini rakyat Batu Pahat mendapat pembelaan daripada Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menggunakan hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membantu rakyat.

Dalam tempoh lima tahun sehingga hari pengumuman pembubaran Parlimen, sebanyak 660 buah rumah sudah menerima sentuhan Mohd Puad melalui program Ziarah Kasih sekitar Batu Pahat.

Terbaru, 64 buah sekolah dalam Parlimen Batu Pahat menerima sumbangan sebanyak RM,6000 bagi Kelab Bilik Guru (KEBIRU) dan beliau mengusahakan RM200,000 daripada Perdana Menteri bagi pembinaan Surau Al Muttaqin, Taman Banang Heights.

Oleh itu PRU14 adalah masa terbaik untuk pengundi Batu Pahat menyingkirkan Mohd Idris dan menggantikannya dengan Mohd Puad yang terbukti jasanya pada rakyat.


Comments