Menyokong
Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan lambang PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PKR) bermakna menyokong agenda perjuangan cauvinis DAP yang anti Melayu-Islam.
Pembangkang
sengaja meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad dibarisan hadapan supaya orang
Melayu, Islam tidak nampak peranan sebenar parti DAP disebalik perjuangan PH.
Ini kerana
PH sedar, orang Melayu Islam menolak perjuangan sama rata DAP selain agendanya
yang jelas menentang kedudukan Islam di Malaysia, hak istimewa orang Melayu dan
Raja-Raja Melayu.
Mengundi
mana-mana calon Melayu PH yang bertanding dengan atas tiket PH dengan logo PKR
baik dari PKR, PAN mahupun Bunga Raya bermakna menyokong agenda perjuangan DAP.
Malah secara
tidak langsung juga turut menentang agenda Islam termasuk Rang Udang-Undang
(RUU355) bagi memartabatkan Mahkamah Syariah yang ditentang bersungguh-sungguh
oleh DAP.
Oleh itu
pengundi Batu Pahat khususnya orang Melayu Islam harus sedar sekiranya menyokong
Datuk Mohd Idris Jusi dalam PRU14 nanti bermakna menyokong agenda perjuangan
DAP yang rasis dan anti Islam.
Jangan
biarkan kuasa ditangan anda yang menentukan kedaulatan agama, bangsa dan negara
diserahkan kepada parti yang mampu menggugat keharmonian negara.
Tolak calon
PKR, tolak Pakatan Harapan.
Comments