Parlimen
dijangka akan dibubar paling awal esok (Jumaat) bagi memberi laluan kepada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan perkara itu selepas
mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir penggal ini di Putrajaya esok.
Difahamkan,
Perdana Menteri sudah mengeluarkan arahan kepada Menteri Kabinet supaya
memperkemaskan kesemua fail pentadbiran kementerian masing-masing.
Menurut
beberapa pegawai menteri, esok Menteri Kabinet diarahkan supaya mengenakan pakaian
rasmi mereka bagi merakam gambar kenangan selepas mesyuarat esok.
Najib
dijangka akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi
memohon pembubaran Parlimen pada sebelah petang selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun
terdapat khabar angin yang mula bertebaran hari ini kononnya 11 April juga
menjadi pilihan Perdana Menteri.
Apapun, esok
pastinya menjadi tumpuan rakyat seluruh negara sama ada Parlimen akan
dibubarkan ataupun tidak oleh Perdana Menteri.
PRU14
dianggap sebagai pilihan raya paling mencabar dalam sejarah negara kerana
berdepan pertembungan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Pakatan
Harapan (PH) dan PAS bersama Gagasan Sejahtera.
Pada PRU13
lalu, BN yang dipimpin Najib berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah
dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Comments