Aku terbaca artikel ni kat BHONLINE, aku sebagai rakyat Kelantan berharap ini akan menjadi kenyataan demi kepentingan rakyat. Cukuplah anak Kelantan balik pulang berhari raya terpaksa ambil masa sampai 17 jam. Bak kat Perdana Menteri, carilah titik persamaan untuk kepentingan rakyat. Aku harap PAS Kelantan dibawah pentadbiran baru lebih terbuka dan matang dalam berpolitik dan berjuang untuk rakyat. Nik Aziz dan Husam sudah tiada lagi dan PAS boleh bergerak dengan lebih RELEVAN dan dalam masa sama BEKERJASAMA dengan kerajaan pusat membabitkan kepentingan rakyat.
PAS Kelantan sedia bincang bina lebuh raya
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata memandangkan kedua-dua pihak mempunyai minat sama ke arah menyediakan kemudahan seperti itu, adalah lebih baik bekerjasama menyediakannya.
Bina satu bahagian
“Kita (kerajaan negeri) boleh membangunkan lebuh raya itu satu bahagian dan Kerajaan Pusat boleh membina bahagian lain pula, dengan kedua-dua bahagian itu nanti akan bertemu di satu kawasan strategik,” katanya selepas mesyuarat EXCO
di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Lebuh Raya Rakyat yang membabitkan kos RM1.8 bilion dan
Comments