Lembaran Baru PAS Kelantan dan Kerajaan BN

Aku terbaca artikel ni kat BHONLINE, aku sebagai rakyat Kelantan berharap ini akan menjadi kenyataan demi kepentingan rakyat. Cukuplah anak Kelantan balik pulang berhari raya terpaksa ambil masa sampai 17 jam. Bak kat Perdana Menteri, carilah titik persamaan untuk kepentingan rakyat. Aku harap PAS Kelantan  dibawah pentadbiran baru lebih terbuka dan matang dalam berpolitik dan berjuang untuk rakyat. Nik Aziz dan Husam sudah tiada lagi dan PAS boleh bergerak dengan lebih RELEVAN dan dalam masa sama BEKERJASAMA dengan kerajaan pusat membabitkan kepentingan rakyat.

PAS Kelantan sedia bincang bina lebuh raya

Cetak
Kota Bharu: Kerajaan PAS Kelantan sedia berbincang dengan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan cadangan pembinaan lebuh raya menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata memandangkan kedua-dua pihak mempunyai minat sama ke arah menyediakan kemudahan seperti itu, adalah lebih baik bekerjasama menyediakannya.
“Buat masa ini belum ada sebarang kata sepakat atau pertemuan bagi membincang mengenai pembinaan lebuh raya itu, namun ia adalah satu usaha yang baik jika kedua-dua pihak bersama membangunkannya.


Bina satu bahagian

“Kita (kerajaan negeri) boleh membangunkan lebuh raya itu satu bahagian dan Kerajaan Pusat boleh membina bahagian lain pula, dengan kedua-dua bahagian itu nanti akan bertemu di satu kawasan strategik,” katanya selepas mesyuarat EXCO
di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Lebuh Raya Rakyat yang membabitkan kos RM1.8 bilion dan

Comments

imlan adabi said…
harap buat cepat. Kawe tak sabar nak balik klate