Punca Kekalahan BN

Biar siapapun yang memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, namun bagi saya semangat perpaduan dikalangan rakyat Kuala Terengganu tetap ampuh walaupun berbeda ideologi.
Selama lebih sebulan berada di sini, bebarapa perkara dapat saya simpulkan sebagai kelemahan Umno dan Barisan Nasional (BN), sehingga menggagalkan BN untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, melalui Allahyarham Datuk Razali Ismail.
Antara punca kekalahan Umno:
1. Penolakkan rakyat Kuala Terengganu terhadap calon BN, ini adalah satu perkara yang hakiki perlu diakui semua pihak sebagai punca kepada kekalahan. Latar belakang keluarganya tidak disukai masyarakat di sini.
2. Jentera parti tidak menjalankan kerja, sebagai bukti, apabila PM dan TPM datang semua ikut kemana sahaja PM dan TPM pergi, tunjuk muka nak bodek sedangkan kerja tak buat.
3.Cara berkempen BN tidak berkesan berbanding Pas. Saya tersempak dengan seorang pensyarah yang berkempen untuk Pas, sanggup menahan kereta ditepi jalan untuk tumpang dengan alasan kononya kereta rosak, namun setelah ditumpangkan beliau secara jelas berkempen untuk Pas. Apakah BN dan Umno sanggup buat cara itu?
4. Jentera tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, imbuhan kepada jentera parti yang bekerja "dimakan" orang tengah.
5. Pos panas ataupun markas BN hanya berfungsi sampai jam 12 malam, sedangkan Pas berfungsi selama 24 jam tanpa henti, mereka bekerja.
6. Malam akhir berkempen, BN adakan program Pentaramai (ada nyanyian dan tarian), sedangkan Pas sibuk solat hajat dan bergerak dari rumah ke rumah meraih undi.
7. Jentera parti Umno dari seluruh negara datang ke Kuala Terengganu untuk bercuti, bukan bekerja (sebahagian besarnya).
8. Media arus perdana gagal membantu dan berkempen untuk BN, malah ada media arus perdana yang turut merosakkan imej BN.
9. Wanita Umno tidak berperanan semasa berkempen, lebih banyak "shopping" daripada kerja. Puteri Umno buat kerja bersendirian terhegeh-hegeh tanpa ada halu tuju mahupun matlamat, yang datang semua seksi dan cun lebih kepada pentas untuk memperagakan fesyen dan mencari laki.
10. Pemuda Umno semangat cukup kuat, tetapi cara kerja tidak smart and smooth. Pemuda pembangkang lebih agresif berkempen.
11. Pemuda Umno jadikan Kuala Terengganu medan untuk mempamerkan kekayaan mereka, semua pemimpin turun dengan kereta mewah masing-masing, tidak salah kerana anda kaya, tetapi ini boleh menimbulkan kebencian rakyat dan rakyat akan hilang kepercayaan. Apa salahnya kalau guna Perdana V6 sahaja.
12. BN tidak "scan" betul-betul pemimpin yang datang berceramah ketika berkempen, contohnya Ezam tidak relevan bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, BN perlu tampilkan tokoh mengikut keperluan rakyat di Kuala Terengganu.
13. Cara berkempen BN tidak mesra rakyat berbanding Pas.
14. Semangat perjuangan PAS lebih hebat berbanding BN, kaki bodek dan sekadar untuk mendapatkan kontrak.

Comments

Anonymous said…
Budak Baru, aku tak setuju langsung dengan ko punya pendapat ni terutama nombor 8, apa hal pulak kekalahan BN sebab media arus perdana??

dah BN memang rakyat KT tak nak, nak salahkan media pulak... habis tu blog ko ni berkesan ke berkempen untuk BN??

Ko pun macam harakah jugak asyik nak salahkan media arus perdana!
Anonymous said…
gang.kalu menang la, apa faktor..bole tulis in advance..muahahahahaaa
Semut Politik said…
Sahabat..kalu menang senang je faktornya, kerana pengundi Umno keluar mengundi
Semut Politik said…
aku cakap media arus perdana tu seperti TV3