Razman Pemimpin PAS kaya raya..rakyat papakedana.. |
SELAMA ini mereka menuduh
pimpinan UMNO korup dan berbagai-bagai fitnah dilemparkan kepada
pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional malah di mata mereka UMNO dan pemimpinnya membina kekayaan
serta kemewahan untuk diri mereka dan kroni-kroni.Mereka maki hamun pemimpin UMNO.
Saban malam disetiap pentas
ceramah lagu-lagu bernada fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin
UMNO dilagukan oleh kalangan yang kononnya mereka mendakwa pemimpin PAS seluruh
Negara bersih daripada segala penyelewengan namun bila kita membaca latar
belakang bekas Pegawai Kastam yang memegang jawatan YDP PAS Lenggong ini,apa
lagi yang boleh kita fikir dengan segala bentuk kemewahan yang beliau ada.
Biodata ini saya paparkan
disini untuk kita sama-sama kita fikirkan apakah Razman ini layak untuk bercakap tentang
korupsi?Apakah YDP PAS ini mampu menyumbang jasa bakti ataupun khidmatnya
kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen Lenggong?Apakah rakyat boleh menaruh
harapan kepada pemimpin yang kononnya dilihat berlagak zuhud ini?Ataupun Razman
menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi lebih lagi koleksi kekayaan dan kemewahan beliau?
Baca satu persatu catatan
pada biodata tersebut dan kita tidak tahu mungkin ada lagi calon-calon PAS yang
begitu mewah dan kaya raya tetapi berselindung di sebalik jubah serta kopiah
untuk mengelirukan masyarakat serta rakyat keseluruhan.
Bacalah dengan berlapang
dada…
Comments
Di zaman Nabi dulupun, ramai yang kaya raya samada sebelum atau selepas memeluk Islam telah banyak menyumbangkan kepada perkembangan Islam dan membantu Nabi. Kekayaan di dunia bukan satu kesalahan malah memberi tambahan moral kepada Islam.
Kalau tak kaya mcm mana Palestin dapat dibantu? Boleh ke negara seperti Kenya dan Sudan membantu Palestine?
Yang sakit kepala ialah kenapa ramai orang Islam pemalas dan jadi miskin.