Ramai Lagi Pemimpin PAS Macam Dia Ni




Razman Pemimpin PAS kaya raya..rakyat papakedana..

SELAMA ini mereka menuduh pimpinan UMNO korup dan berbagai-bagai fitnah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional malah di mata  mereka UMNO dan pemimpinnya membina kekayaan serta kemewahan untuk diri mereka dan kroni-kroni.Mereka maki hamun pemimpin UMNO.



Saban malam disetiap pentas ceramah lagu-lagu bernada fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin UMNO dilagukan oleh kalangan yang kononnya mereka mendakwa pemimpin PAS seluruh Negara bersih daripada segala penyelewengan namun bila kita membaca latar belakang bekas Pegawai Kastam yang memegang jawatan YDP PAS Lenggong ini,apa lagi yang boleh kita fikir dengan segala bentuk kemewahan yang beliau ada.

Biodata ini saya paparkan disini untuk kita sama-sama kita fikirkan  apakah Razman ini layak untuk bercakap tentang korupsi?Apakah YDP PAS ini mampu menyumbang jasa bakti ataupun khidmatnya kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen Lenggong?Apakah rakyat boleh menaruh harapan kepada pemimpin yang kononnya dilihat berlagak zuhud ini?Ataupun Razman menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi lebih lagi  koleksi kekayaan dan kemewahan beliau?

Baca satu persatu catatan pada biodata tersebut dan kita tidak tahu mungkin ada lagi calon-calon PAS yang begitu mewah dan kaya raya tetapi berselindung di sebalik jubah serta kopiah untuk mengelirukan masyarakat serta rakyat keseluruhan.

Bacalah dengan berlapang dada…

Comments

Mana mana pemimpin yang kaya raya - mungkin lebih kepada usaha dan kecerdidkannya. Samada jalan halal atau haram serahkan pada Illahi.

Di zaman Nabi dulupun, ramai yang kaya raya samada sebelum atau selepas memeluk Islam telah banyak menyumbangkan kepada perkembangan Islam dan membantu Nabi. Kekayaan di dunia bukan satu kesalahan malah memberi tambahan moral kepada Islam.
Kalau tak kaya mcm mana Palestin dapat dibantu? Boleh ke negara seperti Kenya dan Sudan membantu Palestine?

Yang sakit kepala ialah kenapa ramai orang Islam pemalas dan jadi miskin.