MB Perak kurang ajar






Belum sampai sepenggal, ataupun belum lagi setahun jagung, Menteri Besar (MB) Perak, Datuk seri Mohammad Nizar Jamaludin, mula menunjukkan "perangai" sebenar pemimpin Pas yang kurang ajar.

Beliau bertindak "kurang ajar" apabila memaksa seorang jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadam gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Ini lah perangai sebenar pemimpin Pas, berlagak, walaupun belum "panas punggung" menduduki kerusi MB, walhal Pas hanya memenangi beberapa kerusi sahaja berbanding rakannya daripada DAP dan PKR.

Malah, kalau tidak disebabkan perlembagaan yang mengatakan hanya orang Islam dan Melayu sahaja layak menjadi MB Perak, Nizar tidak berpeluang langsung untuk menikmati jawatan itu sekarang.

Ia jelas menggambar Nizar seorang yang angkuh dan lupa diri bahawa kemenangan Pakatan Pembangkang di Perak hanya dengan kelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional (BN) dan kerajaan mereka boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja.

Ini lah perangai orang Pas yang berlagak warak, tetapi langsung tidak pandai menghormat orang. Ingat, Allah maha adil, DIA bagi anugerah sebagai ujian untuk melihat sajauh mana kita bersyukur dan sekiranya kita lupa diri dengan nikmatNya, bila-bila masa sahaja DIA boleh tarik balik nikmat terbabit...tidak mustahil kerajaan Pakatan Pembangkang di sana hanya satu penggal sahaja.

Situasi ini cukup berbeda dengan MB Kedah yang juga dari Pas, cukup cermat mentadbir, pandai menjalinkan hubungan dengan pihak Kerajaan Pusat serta tidak mempunyai banyak "karenah".

Comments

wanfai said…
nampaknya saudara guana gu semakin menyanjung kerajaan pas kedah...
Anonymous said…
bukan ke sudara adalah Ketua Pemuda UMNO Kampung Pak Batam Pening Memanjang..bagaimana pula saudar menyanjung kerajaan Pas
Anonymous said…
kepada manlukeman.... tak pernah dengar pun nama kampung tu... fekda mana yek?