Sehingga
saat ini penulis masih melihat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai calon
terbaik Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Parlimen Batu Pahat pada
PRU14 nanti.
Banyak
alasan yang boleh disandarkan untuk memilih beliau sebagai calon BN bagi
Parlimen Batu Pahat yang dimenangi PKR pada PRU13 lalu.
Berdasarkan
kekalahan Mohd Puad dalam PRU13 lalu, angkanya tidaklah besar jika dibandingkan
kemenangan yang diraihnya dalam PRU12 sebelum itu dengan menewaskan calon PAS.
Mohd Puad
adalah calon yang memiliki kredibiliti, aura serta kepemimpinan untuk diangkat
sebagai wakil rakyat Batu Pahat bagi membawa suara rakyat dengan lebih
berkesan dan didengari di Parlimen.
Ketokohan
beliau sememangnya tidak dapat disangkal, jika tidak kerana ketokohannya dan
kredibilitinya, mana mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
mengangkatnya mengetuai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang cukup penting
itu.
Sepanjang
mengenali Mohd Puad juga, beliau adalah seorang pemimpin yang berani dalam
perjuangannya dan mengotakan janjinya.
Ini terbukti
apabila beliau berani bersuara dan mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
juga Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran kerana gagal membela
nasib sekolah pedalaman.
Bagi penulis
tiada alasan untuk rakyat Batu Pahat menolak Mohd Puad sekiranya benar-benar
mahukan wakil rakyat yang berkualiti. Jangan pisang berbuah dua kali, cukuplah
kesilapan lalu kerana memilih Mohd Idris Jusi ‘wakil rakyat bermusim’.
Oleh
Haspaizi Mohd Zain
Bekas
wartawan politik BH dan pemerhati politik
Comments