Gerak kerja yang ditunjukkan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membuktikan beliau layak untuk kembali diangkat sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat pada PRU14 nanti.
Rata-rata pengundi Batu Pahat mengakui Ketua Bahagian UMNO itu lebih banyak berada dalam kawasan membantu menyelesaikan masalah rakyat berbanding Ahli Parlimen yang dipilih pada PRU13, Datuk Mohd Idris Jusi.
Fakta itu disokong oleh Ismali Ahmed yang menyifatkan rakyat akan berjumpa Mohd Puad jika mempunyai masalah berbanding Mohd Idris yang sering berada di luar kawasan.
"Bagi saya Batu Pahat tidak ada wakil rakyat, sebab wakil rakyat yang dipilih sering hilang. Selalu sangat tiada dalam kawasan. Dekat hendak PRU baru nampak muka.
"Yang menjalankan tugas wakil rakyat kini adalah Datuk Mohd Puad bukannya Mohd Idris. Jadi, lebih baik kita 'pencenkan' wakil rakyat kini," katanya ketika ditemui penulis yang turun ke Batu Pahat baru-baru ini.
Bagi pengundi muda, Mohd Zaimi Zakaria pula menyifatkan Mohd Puad sebagai wakil rakyat yang memahami aspirasi anak muda.
"Dia (Mohd Puad) mudah didekati dan sering mengadakan pertemuan dengan anak muda. Berbanding pihak sebelah sana (pembangkang) hanya mencari anak muda bagi mencapai kepentingan peribadi untuk meraih undi.
Bagi Norazniza Rahmat, beliau yakin Mohd Puad adalah calon yang terbaik untuk diangkat sebagai wakil rakyat berbanding Mohd Idris.
"Mohd Puad sering berada dalam kawasan meskipun sering sibuk dengan tugas hakiki di ibu kota, namun soal rakyat tidak diambil mudah," katanya.
Oleh Haspaizi Mohd Zain
Penulis ialah bekas wartawan BH dan penganalisis politik.

Comments