Gegak gempita ke seluruh alam Malaysia, bahkan penganalisis politik 'kedai kopi' juga turut membicarakan bahawa UMNO/BN bakal tawan Kelantan pada PRU-14 nanti.

Mengikut sifir politik, nampak ada benarnya. PAS sejak ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah tidak lagi 'maksum'. Pergolakan dalaman PAS cukup hebat sehinggakan membawa kepada 'anak butir' arwah Nik Aziz, Encik Husam Musa turut disingkirkan.
PAS tidak boleh mendabik dada kononnya mereka masih kuat di Kelantan, sebaliknya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob tidak memiliki aura dan tidak 'sealim' Allahyarham Nik Aziz untuk menarik sokongan rakyat.


Persoalannya, apakah UMNO/BN sudah bersedia mengambil Kelantan. Ataupun seperti mana kata Ku Li sebelum ini UMNO tidak bernafsu untuk menawan kembali Kelantan bagaikan ada pakatan disebalik tabir.
Persoalannya juga, siapa bakal calon MB Kelantan dipihak UMNO/BN sekiranya parti itu menang dalam PRU-14 nanti.
Adakah Ku Li, Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) ataupun Awe Adek (Datuk Dr Awang Adek Hussin)?
Comments