PRU14: Idris Akui Sukar Pertahan Batu Pahat


Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi barangkali sudah tidak lena tidur menghitung saat-saat kejatuhan pembangkang di kerusi itu yang bakal dikuasai kembali oleh Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.


Meskipun mulutnya menyuarakan keyakinan bahawa PKR menerusinya mampu mempertahankan kerusi Batu Pahat, hakikatnya Idris sedar beliau kini diambang kekalahan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Wakil rakyat itu dalam satu tembual dengan sebuah portal berita pro pembangkang baru-baru ini sedar sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang merosot jika dibandingkan PRU13 lalu, selain kehadiran PAS yang dijangkakan akan ‘memastikan’ kemenangan mutlak BN.


Malah, jauh dilubuk hatinya juga Idris sedar bahawa pengundi Batu Pahat menolaknya, ditambahkan lagi dengan pergolakan PKR Johor yang juga tidak mahukannya lagi.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan mengakui situasi Idris kini agak kritikal berbanding Mohd Puad yang berjaya mengambalikan keyakinan pengundi Batu Pahat terhadapnya melalui gerak kerja dan khidmatnya selama ini kepada rakyat.

“PKR Johor sendiri tidak sukakan Idris dan ini sudah pasti akan wujud unsur sabotaj, beliau kini hanya mengharapkan undi Cina khususnya DAP, namun, DAP Batu Pahat juga dikatakan kurang senang wakil rakyat itu yang sering hilang dari kawasan.

“Seperti yang Idris sendiri akui, undi Melayu kepada merosot, hakikat itu perlu diakui kerana undi Melayu dari PAS selama ini menyumbang kepada kemenanganya.

Comments