PRU14: 'BATU PAHAT' PERLU BIJAK MEMILIH

Apa pengundi Batu Pahat mahukan? Seorang pemimpin yang lemah dengan parti bercelaru atau pemimpin mempunyai kredibiliti dengan parti yang mampu menjamin masa depan mereka.

Dengan kata lain, antara Barisan Nasional (BN) dan PKR, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi atau Datuk Mohd Idris Jusi yang ternyata gagal berkhidmat dengan baik dan sering hilang sepanjang menjadi wakil rakyat.

Mohd Puad adalah seorang Ketua Bahagian UMNO, Mohd Idris pula tiada sebarang jawatan dalam parti, bahkan turut dipulau oleh PKR Johor.

Bukan saja PKR Johor memulaukan Mohd Idris, bahkan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Faishal Ahmad sendiri pun tidak sebulu denganya selain tidak pernah 'pijak' pejabat Ahli Parlimen itu di Senggarang.

Lebih dari itu lagi, Faishal membuka bilik gerakannya sendiri di Rengit kerana tidak yakin dan percaya kepada Mohd Idris.

Pilihan Raya Umum (PRU) datangnya lima tahun sekali, ia bukan satu tempoh yang singkat. Jika silap membuat pilihan rakyat yang rugi.

Memilih pemimpin dan parti PKR yang ternyata gagal mewakili rakyat Batu Pahat adalah satu kesilapan yang tidak boleh lagi diulangi.

Comments