Baru-baru ini saya sempat turun ke Batu Pahat dan bertemu dengan salah seorang pemimpin PAS kawasan itu, namanya saya rahsiakan kerana apa yang diperkatakan ini adalah perbincangan peribadi kami berdua tentang politik tempatan.
Saya bertanya kepadanya, apakah PAS bakal menjadi pemecah undi dan membantu kemenangan UMNO/BN jika bertanding kerana pertembungan tiga penjuru. Tidak katanya, PAS bertanding kerana Islam bukan kerana UMNO/BN.
Katanya, PAS menentang UMNO/BN sejak zaman berzaman lagi, tetapi PAS menentang Pakatan Harapan (PH) kerana dalam gabungan itu ada DAP yang terangan anti Islam dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga selama ini menentang agenda Islam parti itu termasuk dalam soal Hukum Hudud.
Kenyataannya itu membuatkan saya terkedu seketika, saya 'mencuitnya' lagi, bukankah ini akan memberi kelebihan kepada UMNO/BN dan calonnya Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk menang.
Dan ini jawapanya kepada saya yang amat mengejutkan: "PAS masuk bertanding untuk mengangkat perjuangan Islam kerana jelas dalam PH ada agenda menentang dan mencabar kesucian agama Islam di negara ini.
"Kalau PAS kalah saya tidak kisah kerana kita sedar laluan sukar, saya mahupun PAS lebih rela melihat Mohd Puad menang berbanding bersekongkol dengan PKR yang jelas tunduk kepada DAP anti Islam.
"Lebih baik UMNO/BN daripada PH, sekurang-kurangnya Islam masih terbela," katanya.
Oleh itu dalam konteks Batu Pahat, satu undi untuk PKR atau Datuk Mohd Idris Jusi bermakna satu undi untuk DAP yang anti Islam.
Oleh Haspaizi Mohd Zain
Bekas wartawan politik BH dan pemerhati politik
Comments