PANASSSS....PKR Kata 'Idris Pemalas'


PANAS, PANAS, PANAS…PKR Johor dikatakan sudah melantik Mohd Khuzzan dari Parit Sulong sebagai Penyelaras Parlimen Batu Pahat, namun penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Idris Jusi melobi Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Perlantikan Mohd Khuzzan sebagai Penyelaras Parlimen Batu Pahat dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Mohd Idris yang tidak bekerja serta memprotes pimpinan pusat yang dikatakan mahu mengekalkan wakil ‘rakyat pemalas’ itu.

Menurut sumber PKR Johor, sikap ‘pemalas’ Mohd Idris itu membuatkan PKR Johor mengambil tindakan berani dengan melantik Mohd Khuzzan sebagai penyelaras tanpa restu dan persetujuan pemimpin PKR pusat.

Ketika PRU-14 yang hampir tiba tidak lama lagi, masalah dalaman ini masih belum diselesaikan dan ‘protes’ tehadap Ahli Parlimen itu terus kuat dilaungkan oleh ahli dan pemimpin PKR Batu Pahat.

Malang sungguh nasib rakyat Batu Pahat apabila tersalah memilih pemimpin untuk mewakili mereka di kawasan itu.

Bukan saja rakyat Batu Pahat kini menolak Mohd Idris, malah kepemimpinan PKR Johor juga turut memulaukannya yang gagal berkhidmat dengan baik.


Esok akan ada lagi pendedahan mengenai kemelut PKR Batu Pahat, nantikan.

Comments