MOHD PUAD MUDAH DIDEKATI, MESRA RAKYAT

Batu Pahat antara kerusi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti kerana ia bakal menyaksikan pertembungan membabitkan antara 'orang kanan' Perdana Menteri, Daruk Seri Najib Razak iaitu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Ulangan pertembungan PRU-13 di Batu Pahat akan kembali kali ini apabila Datuk Mohd Idris Jusi pasti mempertahankan kerusi berkenaan dan Mohd Puad pula tampil untuk merampas kembali.

Tinjauan di Batu Pahat mendapati Mohd Puad berada dalam situasi selesa untuk merampas kembali Parlimen Batu Pahat pada PRU-14 berdasarkan respon yang ditunjuk pengundi.

Berdasarkan pertemuan yang dilakukan dengan lebih 3,000 pengundi di Batu Pahat secara rambang, 85 peratus lebih selesa dengan kepemimpinan Mohd Puad berbanding pembangkang yang diwakili Mohd Idris.


Daripada jumlah itu juga, 80 peratus pengundi yang ditemui juga beranggapan Mohd Puad lebih mesra, mudah didekati berbanding wakil rakyat Batu Pahat yang jarang berada dalam kawasanMalah, majoriti pengundi yang ditemui juga muak dengan janji-janji wakil rakyat PKR kini yang gagal menjalankan amanah selain tidak mesra rakyat dah hanya berkhidmat dalam kelompok pembangkang saja.

Bagi pengundi Cina pula berdasarkan kajian yang dijalankan itu juga mendapati mereka bersedia mengundi Mohd Puad berdasarkan gerak kerja Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat itu yang menyakinkan.

Begitu juga dengan segmen pengundi muda Cina di Batu Pahat juga turut yakin dengan pendekatan Mohd Puad yang terbuka dan senang berinteraksi.



Oleh Haspaizi Mohd Zain
Penulis ialah bekas wartawan berpengalaman BH dan pemerhati politik

Comments