Menangkan Puad, 'Rehatkan' Idris

Orang Batu Pahat perlu bijak memilih dan menilai, jangan tersalah pilih nanti merana sekali lagi kerana mendapat wakil rakyat pemalas serta sering hilang dari kawasan.

Buat apa lagi memilih pembangkang ataupun mempertahankan Datuk Mohd Idris Jusi sebagai Ahli Parlimen, bukan saja dalam PKR 'dipulau', malah gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Sepenggal Idris menjadi wakil rakyat kawasan itu, apa 'buah tangan' yang boleh pengundi Batu Pahat berasa bangga dengan memilihnya.

Idris 'kenyang' dengan dan bersenang linang dengan elaun dan peruntukan yang diperoleh sebagai wakil rakyat, namun masalah rakyat seperti banjir, rumah uzur misalnya dibiarkan begitu saja tanpa pembelaan.

Pilihlah pemimpin yang berkaliber, bekerja dan bertanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat. Bukannya wakil rakyat yang sudah 'tidak larat' ataupun kurang cergas untuk membela rakyat.

Bagilah Idris bersara pada PRU14 ini dengan memenangkan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sekali gus mengangkatnya sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat.

Mohd Puad menang banyak limpahan nikmat buat masyarakat di Batu Pahat, beliau adalah seorang pemimpin yang tidak tahu penat lelah, siang malam bekerja untuk kesejahteraan rakyat.

Cukup-cukuplah diperdaya pembangkang, pilihan wakil rakyat yang cergas serta mampu berkhidmat kepada rakyat dan Mohd Puad telah membuktikan kemampuannya.

Comments