BN PUNYA KEKUATAN TERSENDIRI DI BATU PAHAT


Pembangkang tidaklah sekuat mana berbanding dengan kekuatan sebenar UMNO di Batu Pahat, kemenangan PKR pada PRU-13 lalu boleh dikatakan sebagai 'nasib' kerana 'Tsunami Cina' mengubah peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang besar.

Kali ini, pertembungan tiga penjuru dan pergolakan dalaman PKR dilihat melemahkan lagi kekuatan Pakatan Harapan di Batu Pahat bagi mempertahankan kerusi dimenangi PKR itu.

Menurut akar umbi, program PKR di Batu Pahat kurang aktif, malah wakil rakyatnya, Datuk Mohd Idris Jusi juga kurang mesra selain gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan ‘sering hilang’.



Malah, PKR juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan sendiri di Batu Pahat dan kemenangan mereka pada PRU-13 lalu adalah disebabkan pertolongan PAS. Jentera PAS yang bekerja bagi membantu kemenangan Mohd Idris ketika itu.

PAS pasti akan bertanding pada PRU-14 nanti, ini sudap pasti akan memberi ancaman kepada PKR, undi PAS yang sebelum ini memihak mereka pasti akan beralih arah kepada calon mereka sendiri.

Bagi UMNO/BN, cabaran PAS tidak menggugat mereka, berdasarkan rekod lalu pada PRU-12, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah menang dengan majoriti cukup selesa menewaskan calon parti Islam itu.

PAS tidak menjadi ancaman pada BN, sebaliknya UMNO/BN mempunyai kekuatan yang konsisten di Parlimen Batu Pahat, parti itu dilihat mempunyai keupayaan untuk merampas kembali kerusi berkenaan.

Roh dan jiwa UMNO di Batu Pahat masih menebal dan sukar untuk dihapuskan selain dilihat lebih bersedia untuk mengembalikannya sebagai kerusi tradisi BN.

Oleh Haspaizi Mohd Zain
Penulis ialah bekas wartawan politik berpengalaman BH.

Comments