BATU PAHAT: PAS, PKR TIDAK BOLEH DIHARAP

Masih lagi membicarakan perihal politik Batu Pahat, UMNO/BN di bawah kepemimpinan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di kawasan itu dilihat lebih selesa berbanding pembangkang yang bakal menyaksikan perpecahan undi cukup ketara pada PRU-14 nanti.

PKR yang mempertaruhkan Datuk Mohd Idris Jusi berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kerusi dimenanginya apabila PAS akan kembali bertanding di situ selepas memberi laluan kepada bekas rakan sekutunya itu.

Perpecahan undi PAS atau undi Melayu yang sebelum ini membantu kemengan calon PKR pasti akan kembali kepada calon parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Apakah PAS beroleh peluang untuk menang di situ, tentu sekali tidak, kerana sokongan pengundi Cina pastinya tidak akan memihak mereka selepas PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi degan PKR dan DAP, selain sentimen anti Melayu, Islam yang dimainkan parti Cauvinis itu.

Jadi, parti mana yang betul-betul stabil untuk membawa mandat pengundi Batu Pahat? Sudah pasti BN yang berada dalam kondisi terbaik serta terbukti dalam memperjuangkan nasib rakyat.


BN melalui parti komponenya UMNO. sudah pasti akan memastikan undi Melayu memihak kepada parti itu, manakala MCA pastinya berupaya 'mencuri' sokongan pengundi Cina selepas kemelut melanda Pakatan Harapan selain yakin dengan gerak kerja dan kesungguhan  Mohd Puad.

Oleh itu, tidak ada alasan untuk pengundi Batu Pahat menolak BN apatah lagi meyakini parti  pembangkang yang bercelaru untuk mewakili mereka.

Comments