Kedudukan Datuk Mohd Idris Jusi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu tampak sukar, apatah lagi dijangka bertembung sekali lagi dengan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada PRU14 nanti.
Berdasarkan kepada soal selidik rambang yang dilakukan terhadap lebih 3,000 pengundi Batu Pahat sama ada melalui cara bersua muka dan panggilan telefon, rata-ratanya menolak Ahli Parlimen Batu Pahat itu serta pembangkang.
Melalui tinjuan ataupun soal selidik itu, 90 peratus daripada responden menyifatkan Idris sebagai wakil rakyat yang tidak bekerja selain tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Ahli Parlimen itu yang gagal membantu rakyat serta melunaskan janji-janjinya ketika PR13.
Daripada jumlah itu juga, 90 peratus responden membuat keputusan untuk tidak akan mengundi pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 ini dengan alasan tidak mahu negara dikuasai oleh DAP.
Bagi segmen pengundi Melayu yang ditemui dan dihubungi dalam kajian rambang itu memilih Mohd Puad sebagai pilihan utama untuk menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat, kemudiannya meletakkan kemungkinan kepada calon PAS.
Dari segi populariti pula, 85 peratus responden memilih Mohd Puad sebagai calon paling popular untuk menang, manakala hanya 15 peratus saja mengenali Idris dengan alasan wakil rakyat itu jarang turun padang.
Oleh Haspaizi Mohd Zain
Bekas wartawan berpengalaman BH dan pemerhati politik

Comments