Annuar Penuhi Citarasa Ketereh


Sambil menikmati secawan kopi, petang ini aku kelapangan untuk menulis lagi mengenai Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Di Kelantan, Annuar adalah salah seorang pemimpin politik yang dilihat berjaya mengikut ‘rentak’ semasa politik tanah air. Cara politik Annuar banyak berubah selepas beliau memenangi kerusi DUN Kok Lanas sebelum kembali bertanding di Parlimen.

Annuar adalah seorang pemimpin yang ‘versatile’, beliau boleh membawa dirinya mengikut selera pengundi. Bersama pengundi muda beliau boleh menjadikan dirinya muda mengikut kehendak pengundi.

Begitu juga apabila beliau bersama warga emas, Annuar mengikut rentak kumpulan itu dan itulah kelebihan Annuar yang jarang dimiliki oleh pemimpin politik UMNO Kelantan.

Sebaik memenangi kerusi DUN Kok Lanas, Annuar menubuhkan KHADAM yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pengundi-pengundi dalam kawasannya, melalui KHADAM banyak bantuan disalurkan oleh Annuar termasuk bab kerja kahwin sehingga kepada pengurusan jenazah. Semuanya diambil kira oleh beliau.

Bukan mudah untuk menjaga hati pegundi, dan jika diamati politik Kelantan agak unik berbanding negeri lain. Wakil rakyat jika mahu mengekalkan kerusi dimenangi, mereka perlu menjaga betul-betul pengundi di kawasan.

Pada PRU13, Annuar berjaya memenangi kembali kerusi Parlimen Ketereh, ternyata beliau tidak mempersiakan kemenangan dan mandat rakyat yang diterimanya.
Banyak perubahan dan kemajuan yang diusahakan beliau bagi mengubah landskap Ketereh supaya menjadi koridor ilmu.

Berbekalkan slogan ‘Rakyat Bersatu Ketereh Maju’, antara pembangunan yang dibawa beliau di Parlimen Ketereh antaranya, menaik taraf jalan KB-Terengganu, menaik taraf masjid, MRSM Ulul Albab, Perumahan Mesra Rakyat dan banyak lagi.

Ditambah lagi dengan kedudukannya yang ‘dekat’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih banyak limpahan nikmat yang bakal dibawah kepada rakyat Ketereh sekiranya Annuar kekal sebagai Ahli Parlimen pada PRU14.

Perkara yang mungkin tidak dan susah untuk dilakukan oleh ahli politik lain, tetapi ia dilakukan oleh Annuar ialah membawa imam-imam dalam Parlimen Ketereh menunaikan ibadah umrah.

Ia adalah satu penghargaan yang tidak terhingga bagi golongan ini apatah lagi peluang untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci yang penuh dengan barakahNYA.


Comments