Setepek kena atas dahi Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulangkan buah keras kepada bekas perdana menteri itu berhubung isu Quinoa.
Kata Najib, jika dibandingkan Quinoa untuk menjaga kesihatan badan, kos bagi makan kuda peliharaan Mahathir rasanya lebih mahal berbanding makanan kesihatan itu,
Bagi Perdana Menteri, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah bankrap isu untuk dibangkitkan sehingga menimbulkan isu quinoa yang menjadi sumber diet beliau.
“Makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan.
“(Dr) Mahathir cakap quinoa, tapi saya tidak (beri) makan kuda,” katanya dalam ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada siri lawatan ke Negeri Sembilan di Port Dickson, Isnin.
Najib di hadapan lebih 10,000 penduduk Teluk Kemang berkata, tidak timbul soal beliau mengambil quinoa sebagai sumber makanan kerana ia cuma makanan tambahan yang diambil sebagaimana vitamin dan madu dalam kalangan rakyat negara ini.
Membidas musuh politiknya, Najib berkata, hobi Mahathir yang memelihara kuda lebih tinggi kosnya daripada quinoa yang diambil beliau.
“(Beri) makan kuda lebih mahal dari (beri) makan manusia. Saya ingat sebulan (beri) makan kuda, tiga tahun makan quinoa. Beri makan kuda lebih mahal dari makan quinoa. Berapa ekor dia (Mahathir) ada, tanya dia.
“Lepas itu dia bercuti di Argentina pulak main kuda. Apa yang mahal sangat quinoa tu, apalah nak jadi isu,” katanya.
Mahathir pada Jumaat lalu secara sinikal menyindir Najib dengan menyatakan beliau cuma makan nasi dan bukan quinoa yang dimakan oleh Najib.
Comments