Mohd Puad Calon Terbaik Batu Pahat

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bukan nama asing bagi penduduk Batu Pahat, Ketua UMNO bahagian itu cukup sinonim dengan pengundi kawasan berkenaan.

Meskipun tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), namun, beliau tidak meninggalkan kawasan itu, apatah lagi untuk 'merajuk', sebaliknya Mohd Puad terus berkhidmat kepada rakyat kawasan itu meskipun tidak bergelar 'yang berhormat'.

Bagi PRU14, Mohd Puad dilihat sebagai calon yang layak untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali kerusi berkenaan pada PRU14 berdasarkan ketokohan dan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

Malah, penduduk Batu Pahat akan mendapat limpahan rahmat sekiranya beliau diangkat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu pada PRU14.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu bukan orang baharu di Batu Pahat, malah beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran yang turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Hari ini, pengundi ataupun masyarakat Batu Pahat tetap menagih khidmatnya bagi menyelesaikan perkara berbangkit di kawasan itu khususnya membabitkan masalah rakyat.

Mengapa saya katakan Mohd Puad adalah individu yang terbaik untuk membawa cabaran BN pada PRU14, ikuti kupasan bersiri esok...

Oleh Haspaizi Mohd Zain
Penulis ialah bekas Wartawan politik BH berpengalaman serta pemerhati politik tanah air




Comments