Batu Pahat: Kenapa Mohd Puad?

 Kenapa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi adalah calon yang terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pertama, Mohd Puad adalah calon yang sesuai untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu sebelum ini.

Jadi, sedikit sebanyak ia memberi kelebihan kepada beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang sememangnya cukup dikenali pengundi selain memahami citra masyarakat dan keperluan kawasan itu.

Kedua, sokongan pengundi Melayu yang berterusan kepada beliau di Batu Pahat termasuk jentera UMNO bahagian yang siap sedia untuk memenangkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu.

Secara asasnya, sokongan pengundi tidak pernah berubah, cuma pada PRU13 pertambahan pengundi Cina tanpa disedari serta sentimen anti BN yang dimainkan pembangkang pada masa itu mengakibatkan Mohd Puad tewas.

Bukan saja Mohd Puad tewas, sentimen anti BN yang ditiupkan pembangkang ketika itu juga turut mengakibatkan beberapa nama besar turut tumbang.

Malah, jika diteliti, Mohd Puad tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,700, berbanding PRU13 beliau menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti 12, 704 undi.

Ketika berlaku pertambahan undi dan sentimen masyarakat Cina terhadap BN, pada PRU14 lalu sebenarnya Mohd Puad masih lagi mendapat sokongan pengundi Batu Pahat.

Malah, diyakini dengan gerak kerja yang dilakukan beliau, perpaduan dalam kalangan UMNO Batu Pahat, serta kepemimpinan dan ketokohannya, Mohd Puad mampu mengembalikan Batu Pahat kepada BN pada PRU kali ini.

Esok saya akan ulas kenapa Mohd Puad menjadi aset penting kepada Batu Pahat.

Oleh: Haspaizi Mohd Zain

Penulis ialah bekas wartawan politik BH berpengalaman dan juga pemerhati politik tanah air.

Comments