Nama Tan Sri
Annuar Musa bukanlah asing dalam politik tanah air, Ahli Parlimen Ketereh ini
mempunyai kredibiliti dalam kepemimpinan dan merupakan salah satu ‘aset’
penting kepada UMNO, Barisan Nasional (BN).
Mengenali
Annuar, beliau adalah seorang yang bukan saja memiliki kepetahan berpidato,
malah juga pemimpin yang strategis dalam merencana dan mencorakkan kemenangan
parti.
Kebetulan
penulis bukan saja pernah bekerja di bawahnya ketika menjadi Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Kelantan suatu masa dulu, malah, sedikit sebanyak mempunyai
hubungan kekeluargaan memandangkan arwah datuk penulis akrab dengan Allahyarham
Haji Musa yang juga guru agama.
Annuar
sememangnya memiliki pakej sebagai pemimpin politik yang berkaliber, mendengarnya
berpidato saja boleh membuatkan seseorang itu teruja selain beliau turut memiliki
misi dan visi yang jelas dalam setiap pekerjaan dilakukannya.
Lihat saja
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kepemimpinan Annuar dengan auranya yang
tersendiri telah menjadikan The Red Warriors (TRW) sebagai satu kuasa besar
bola sepak negara yang digeruni lawan sehingga kini.
Malah,
kejayaan Annuar memimpin bola sepak Kelantan dicemburi ramai pihak termasuk
pasukan dari Selatan tanah air sehingga mengakibatkan beliau difitnah
menggunakan duit Majlis Amanah Raya (MARA) bagi pasukan TRW.
Tuduhan itu
tidak sedikit pun menenggelamkan Annuar daripada arena politik negara, malah
kesediaannya memberi kerjasama kepada SPRM dilihat sebagai satu kemenangan
bukan saja pada Ketua Penerangan UMNO itu, tetapi juga peminat bola sepak
Kelantan.
Politik
Annuar yang juga bekas ADUN Kok Lanas itu sudah jauh berubah. Di Kelantan boleh
dikatakan beliau seorang wakil rakyat mempunyai pendekatan yang cukup disenangi
rakyat.
Lihat saja
perubahan yang beliau lakukan ketika menjadi ADUN Kok Lanas suatu masa dulu dan
kini Ahli Parlimen Ketereh. Hanya yang buta mata hati saja tidak dapat menilai
pembaharuan dilakukan Annuar.
Nantikan
ulasan saya seterusnya, kenapa Annuar masih diperlukan orang Ketereh esok insya-Allah,
jika ada kelapangan dan kesempatan waktu.
Oleh
Haspaizi Mohd Zain
Penulis
ialah bekas wartawan politik BH berpengalaman serta pemerhati politik semasa
tanah air.
Comments