Bekas penasihat bank pusat, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Bank Negara Malaysia (BNM) umpama kasino sewaktu pentadbirannya.
Tunku Abdul Aziz berkata, ia terbukti apabila bekas Perdana Menteri itu sanggup memperjudikan duit rezab negara dalam urusniaga mata wang asing ketika berkuasa selama 22 tahun.
Beliau berkata, Mahathir tidak mempedulikan sama ada BNM berupaya meraih keuntungan atau sebaliknya.
“BNM mirip seperti kasino ketika itu apabila wangnya diperjudikan untuk mendapat keuntungan.
“Beliau juga tidak jujur dan amanah pada rakyat dalam menguruskan duit negara dan ini adalah satu jenayah,” kata bekas Naib Pengerusi DAP itu di Damansara, pada Isnin.
Ditanya kenapa tindakan Mahathir tidak terbongkar dan disorok dari pengetahuan umum, Tunku Aziz mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menutup kesalahan yang dilakukannya.
Setelah hampir 30 tahun, kerajaan memutuskan untuk menyiasat kerugian BNM pada sekitar tahun 90an dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Pada ketika ini, perbicaraan masih lagi berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya dan beberapa saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Mahathir

Comments