Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan
sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki
dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota
Alphard.
Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa
kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya
sekitar pukul tiga pagi. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak
dilarikan dan diapa-apakan.
Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon
bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa
mangsa dilarikan. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu
melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya
Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard
terbabit. Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana
perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM
DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”
Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di
hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk
cetuskan ketegangan kaum dan agama.
Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.
Sumber
Comments