Nasib Hairie yang suatu ketika dulu
pernah jadi ikon Orang muda Pas dan kini boleh diibaratkan seperti
'Habis Manis Madu Sepah Dibuang'. Kini Hairie ditinggalkan keseorangan
tiada satu pun undangan ceramah yang boleh beliau membuat duit seperti
dulu.
Jika dahulu satu malam sahaja Hairie
pernah sapu lebih RM2000.00 upah untuk maki hamun dan sumpah seranah
pemimpin Umno dan pemimpin kerajaan tetapi kini sebaik sahaja selepas
PRU13 tiada lagi undangan ceramah buat Hairie.
Malah Hairie pernah bertemu rakan-rakan
artis seperti pengarah dan penerbit filem/drama tetapi mereka tidak mahu
mengambil risiko meletakkan pelakon yang pernah memaki hamun kerajaan
sedia ada dalam filem/drama mereka. Maka tinggallah Hairie keseorangan
yang tidak lagi pendapatan semewah dahulu.
Ingatlah
jika dahulu satu malam Hairie pernah mendapat 3 undangan ceramah
sekaligus sehingga Hairie sanggup menjejakkan kaki ke Batu Gajah bukan
kerana apa....hanya semata-mata mahu memenuhi kantungnya.
Siapa yang tidak menjadi mangsa 'hentamannya'
daripada pemimpin kerajaan sehinggalah ulama yang tidak menyokong
perjuangan pakatan rakyat. Malah yang lebih parah Ustaz Kazim pun pernah
dihentamnya tanpa memikirkan baik dan buruk.
Mungkin disebabkan keceluparan mulutnya yang menghentam sesiapa sahaja dengan berani membuatkan beliau begitu laris ketika itu.
Hairie perlu ingat ini adalah alam
politik ada masa naik kamu akan naik tetapi kamu pasti akan jatuh suatu
ketika nanti dan kini ternyata Hairie sudah menerima nasibnya umpama
'Habis Madu Sepah diBuang'
Kepada artis-artis lain harus beringat,
jangan jadikan ceramah politik menghentam kerajaan sebagai sumber rezeki
dan ada baiknya mereka meneruskan karier seni mereka dengan aman dan
tenteram tanpa sebarang musuh politik.
Comments