Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencari titik noktah serta menjelaskan hala tuju perjuangan politiknya daripada terus mengheret rakyat ke jalanan yang tidak memberi sebarang keuntungan.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin, berkata Anwar selaku Ketua Pembangkang perlu memberi tumpuan kepada masalah rakyat dan bukannya menganjurkan perkara yang tidak menguntungkan ataupun lebih bersifat retorik politik.
“kita cadangkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan sahabat yang lain, mereka kena fokus kepada masalah rakyat dan menegakkan keadilan di negara ini melebihi retorik politik yang tidak menentu ke mana rakyat hendak dibawa, kita mencadangkan dan bukan bermusuh dengannya agar beliau lebih rasional dalam hal ini.
“Saya berpendapat hak rakyat berkumpul diiktiraf perlembagaan, cuma semua pihak tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pakatan, apa saja yang kita nak buat ia mestilah bawa kebaikan kepada rakyat bukan saja soal perasaan peribadi individu tertentu, tetapi sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita perlu ambil kira masalah kesihatan rakyat, jadi sejauh mana demonstrasi yang dibuat dengan banyak mampu memberi pulangan yang positif kepada rakyat dan itu mesti diambil kira,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kelmarin, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar terus mengadakan perhimpunan ‘Blackout 505’ walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, lebih malang lagi anak kecil juga turut diheret menyertai program itu biarpun keadaan cuaca berjerebu.
Sementara itu, Penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mazlee Malik, berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang menjadikan rakyat tidak tentu hala dengan arah tuju politiknya yang tidak menentu.
Beliau berkata, walaupun terdapat kelemahan yang mesti diatasi dalam sistem pilihan raya di negara ini, namun, ia bukanlah alasan untuk menafikan dan menolak keputusan PRU-13 lalu.
Katanya, pakatan pembangkang sepatutnya mencari titik noktah serta bersama dengan kerajaan bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem pilihan raya dan bukannya mengadakan demonstrasi tidak jelas hala tujunya.
“Perlunya ada titik noktah di dalam apa yang dibawa oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kerana kita tidak nampak selain daripada demonstrasi dan sebagainya, ke mana rakyat hendak dibawa,” katanya.

Comments