Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.
Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan pilihan raya umum lalu dengan hati terbuka.
Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan buat PAS.
“Saya tidak berminat untuk menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu untuk hadir perhimpunan itu kerana ia tidak akan memberi kekuatan kepada parti.
“Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Bagi saya, kerja (perhimpunan) itu tidak akan memperkuatkan sokongan (rakyat) terhadap parti (PAS),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Harun membantah perhimpunan itu yang dianjurkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 tidak memihak mereka.
Sebaliknya, Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam ditegah menyertai mana-mana perhimpunan yang melanggar peraturan ditetapkan apatah lagi jika boleh mengundang kekacauan.
Mohamad Shukri berkata, mentaati pemerintah adalah prinsip asas dalam Islam dan sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak berpuasa hati sepatutnya menggunakan saluran undang-undang ditetapkan bagi menyuarakan bantahan.
“Jika perhimpunan itu melanggar udang-undang ditetapkan, maka ia ditegah untuk disertai. Kita sebagai masyarakat bertamadun perlu menghargai undang-undang yang diputuskan oleh rakyat, jika ada pertentangan guna saluran ditetapkan,” katanya.

Comments