Selepas
tamatnya PRU13 tiada yang lebih menarik kecuali ketegangan Kedah dan
Pulau Pinang. Yang kini Menteri Besar Kedah adalah Mukhriz manakala
Penang Lim Guan Eng.
Mari kita imbas
kegairahan Lim Kit Siang berkempen di Gelang Patah pada pasca PRU13
lepas. Kegairahan Lim Kit Siang untuk memancing undi sehingga Kit Siang
membuat cerita palsu menipu orang Cina seolah-olah dr Mahathir menguasai
Najib dan Muhiyddin. Sibuk dia pasal hal ehwal urusan dalaman UMNO dan
BN jika Dr Mahathir banyak memberi nasihat kepada kerajaan yang ada
sebagai seorang yang nasihatnya amat dihormati seluruh dunia.
Sambil
berteriak tidak tidak tidak kepada Najib, dia memanggil Tun Mahathir
sebagai syaitan. walaupun umum semua rakyat Malaysia tahu Lim Kit Siang
pencetus 13 Mei hingga Melayu dan Cina berparang berdarah.
Itulah sampai
tahap bergitu sekali Lim Kit Siang berkhutubah di depan pengikutnya,
hingga mendapat sambutan hangat terutama kaum cina DAP. Kenapa Lim Kit
Siang bergitu marah sangat dengan Tun Dr Mahathir? Adakah kerana zaman
Tun Dr Mahathir tidak pernah memberi ruang dan peluang untuk DAP naik?
selepas itu
siapa tidak kenal keberanian Tun Dr Mahathir sehingga sanggup
mengeluarkan kenyataan: Lim Kit Siang seorang yang 'buta' kerana terus
melakukan fitnah mengatakan kononnya Malaysia hanya untuk orang Melayu
sahaja.
Tetapi Karpal
Singh tidak berdiam sehari selepas itu dengan mengeluarkan
kenyataan: pembangkang akan menangkap dan mendakwa beliau di mahkamah
kerana mengeluarkan kata-kata hasutan jika berjaya menawan Putrajaya
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
Namun tetap
juga Tun Dr Mahathir tidak berdiam diri lalu berkata: beliau bersedia
untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak
sekali-kali akan menutup mulutnya.
"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.
"Dah 87 tahun
saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut,
nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program
Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di Shah Alam (1/5/2013).
Ini imbasan
yang menggambarkan bertapa panasnya PRU13 apabila 3 otai politik
berentap menguji keberanian masing-masing. hakikatnya politik DAP
bermegah-megah hanya untuk tangkap Mahathir tetapi langit tidaklah
selalu cerah bukan!
Sekarang
selepas pasca PRU13 apa yang berlaku? Mukhriz MB Kedah vs Lim Guan Eng
MB Penang. Hah bagai buku bertemu ruas. Lim Guan Eng sekarang panas hati
kerana PAS kalah di Kedah dan terus menyalahkan PAS sering bertelagah
hingga Kedah tumbang ke tangan Barisan Nasional. Tetapi hakikatnya apa
hal DAP juga bertelagah sebelum PRU13 bukan.
Hakikatnya Lim
Guan Eng semakin gementar kerana belum mengetahui apakah tindak tanduk
Mukhriz menjalankan tanggungjawap Menteri Besar Kedah. Kedah mengalami
masalah keewangan yang runcing melibatkan air (Rujuk Sini)
dan KUIN. Jadi apa salahnya keistimewaan air kepada Pulau Pinang
ditarik balik dan Kedah mendapat faedah menyusun semula keewangan negeri
Kedah. Bukan setakat itu Mukhriz juga berkemampuan mengawal industri
berat dan ringan dari bercambah di Kedah dengan hanya menggunakan kuasa
tarif air berbanding Penang. Ini saingan ekonomi yang baik demi rakyat
Kedah.
Lagipun Penang
kan sebuah negeri kaya semenjak dibawah Lim Guan Eng, jadi apa salahnya
kalau Mukhriz ambil kesempatan atas kekayaan Pulau Pinang untuk
kesejahteraan rakyat Kedah? Ini peluang memajukan Kedah.
Pada orang
ramai PPM adalah rasis. suka hatilah asal demi Agama Bangsa dan Negara.
tetapi apa guna menyusu kera sampai anak sendiri kelaparan. Bagus kita
utamakan anak-anak kita sendiri dan selama ini Lim Guan Eng
bermegah-megah mendabik dada mampu menyediakan tarif air 13 sen kepada
rakyat Pulau Pinang. Sekarang kita lihat bagaimana Lim Guan Eng hendak
buat. Rasanya Tun Dr Mahathir lebih faham pencaturan ini.
Jangan beri
muka! Apatah lupakah kita kata-kata Lim Guan Eng Kalau pemimpin PAS
bergaduh pasal isu Khalimah Allah itu bukan masalah saya atau DAP. Itu
juga bukan masalah agama kristian. Jadi wajarkan kita berimuka kepada
orang ini?
Comments