Buat Anak Kelantan...Renungkanlah






 Assalamualaikum....
Esok adalah hari kemuncak bagi rakyat Malaysia setelah 14 hari kempen pilihan raya umum ke-13 berlangsung dengan secara keseluruahnnya dalam keadaan baik, aman dan tenteram. Walaupun ada sedikit kekecohan serta ancaman keselamatan, namun sehingga kini masih dalam keadaan terkawal dan suasana ini harus dikekalkan.

Esok akan terjawab sama ada 'LAIN KALILAH' ataupun 'INI KALILAH" yang akan menjadi pilihan 13 juta rakyat Malaysia. Apa pun sebagai anak Malaysia yang berasal dari Kelantan, aku merayu anak Kelantan supaya membuat pilihan bijak esok terutamanya yang berada di luar Kelantan.

Jangan jadikan emosi dan 'politik keturunan' sebagai asas untuk memilih kerajaan. Sebaliknya gunakan akal yang waras yang dikurniakan Allah untuk menilai siapa yang layak untuk mentadbir dan memerintah negara. Lebih 20 tahun Kelantan dibawah pentadbiran PAS, bukan tidak ada yang baik, ada kebaikkannya juga kepemimpinan PAS, namun disebalik kebaikan itu masih banyak 'kegagalan' yang merugikan rakyat Kelantan.

Masalah bekalan air di Kelantan, kekurangan peluang pekerjaan untuk anak-anak Kelantan serta ketiadaan lebuh raya yang selesa dan Stadium terbaik dengan kebangkitan The Red Warriors harus menjadi kayu ukur kepada pemilihan kerajaan kelak. Jika rakyat selesa dan mendapat nikmat, usaha untuk mengembangkan Islam akan menjadi bertambah baik dan ia juga akan menjadi masa terbaik untuk pelaksanaan hukum Allah iaitu hukum hudud. UMNO tidak pernah menolak hudud dan setiap umat Islam tidak boleh menolak hudud, namun persekitaran kita boleh membolehkan kita melaksanakan hudud.

Pangkah PAS tidak menjanjikan kita syurga, begitu juga dengan pangkah BN tidak juga menafikan kita untuk ke Syurga Allah. Syurga ataupun Islam, Islam ataupun kafir seseorang itu adalah hak mutlak Allah. DIA yang tentukan berdasarkan kepada akhlak dan amalan kita. Pangkah PAS tetapi tidak melaksanakan syariat Islam, tidak solat, tidak keluar zakat, dan sebagainya, apakah ia menjaminkan syurga untuk kita.

Kepada pengundi luar, fikirlah kepada nasib rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, mereka inginkan perubahan, mereka inginkan keselesaan, janganlah kita yang berada diluar pulang untuk menafikan hak mereka kerana sentimen 'politik keturunan' yakni 'PAS baka' yang tidak boleh menerima sebarang perubahan.

Kita menyokong BN, bermakna juga kita menyokong agenda Islam. Walaupun pemimpin BN tidak berjubah, berkopiah dan berkain pelikat seperti mana pemimpin PAS, tetapi merekalah yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka juga meletakkan Islam dalam perlembagaan Malaysia, yakni tempat tertinnggi dalam kedudukan undang-undang negara. tertubuhnya mahkamah syariah, JAKIM, Majlis Agama Islam dan terbinanya masjid di negara ini adalah hasil perjuangan BN.

Jangan kita sempitkan pemikiran kita, saya sokongan BN, namun saya tidak kata parti itu yang terbaik, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, namun disebalik kelemahan terserlah lebih banyak kebaikan Saya suka cara Islam PAS, namun banyak halangan untuk PAS untuk PAS melaksanakan agenda Islam jika masih bersama DAP dan PKR, malah lebih banyak keburukkan jika menyokong parti itu dan pakatan rakyat.

Oleh itu dengan masa yang terhad ini gunakan sebaik mungkin untuk membuat pilihan tepat demi agama, bangsa dan negara. Jangan fikirkan nasib kita, sebaliknya fikirlah masa depan anak cucu kita..selamat mengundi buat semua...

Allahuakbar....

Comments