Skip to main content

Berilah KJ Peluang...

Nasional

Bagilah peluang untuk anak muda ini, kita akui bahawa PRU-12, Khairy ataupun lebih dikenali sebagai KJ adalah salah satu penyebab kepada Tsunami politik BN. Walaupun menang dan memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO/BN, namun beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet. Namun pemimpin muda ini tetap setiap dengan BN, kali ini beliau menang dengan majoriti lebih besar dan sewajarnya beliau diberi peluang untuk memegang jawatan dalam kabinet Najib. Sejujurnya, aku tidak suka KJ pada awalnya, namun setelah mengenali KJ dan aku banyak masa berada di Parlimen, aku berpendapat bahawa BN perlu memiliki lebih ramai pemimpin muda seperti KJ di Parlimen...

Khairy tawar diri sertai Kabinet

Kuala Lumpur: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menawarkan diri untuk menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Razak dalam apa saja peranan yang boleh membantu Perdana Menteri.

Saya menawarkan diri untuk memainkan peranan, apa saja peranan yang boleh bantu beliau (Perdana Menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya, katanya ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk.
Ahli Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Helo Malaysia BERNAMATV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet saja penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melaksanakan transformasi.


Sedia laksana transformasi

Saya harap Perdana Menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya, katanya.

Khairy berkata pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar Perdana Menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya dan berbeza daripada Kabinet dulu.

Beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam barisan pentadbiran kerajaan atau jemaah menteri sebelum ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU-12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi, manakala calon PKR, Radzali A Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.
BERNAMA

Comments