Aku Suka Artikel Ni

Kalau diikutkan hati, rasa-rasanya saat ini nak pi ketuk pintu setiap rumah penyokong Pakatan Rakyat di Kedah ni - PAS, terutamanya - lepas tu nak gelak sampai terguling-guling di depan mereka. Kemudian tu nak selak seluar, tunjuk punggung (tapi kat puak PKR tak berani la nak buat macam tu...bahaya) kat depa, nak kutuk dan nak kata, "padan muka hangpa!".

Tapi mengikut kata hati bukanlah amalan kita. Bukan amalan orang BN secara umumnya. Mentertawakan kejatuhan orang tak pernah menjadi keutamaan kita walaupun bagi Pakatan Rakyat, ia adalah satu rukun!

Masing terbayang-bayang di ruang ingatan macam mana sebaik BN diumumkan kecundang di Kedah dalam PRU ke-12 dahulu, penyokong-penyokong Pakatan, termasuk puak PAS mempamerkan 'nilai-nilai murni'nya dengan turun ke jalan raya, menghina dan mengejek BN 'ikut sedap mak depa'.

Masih terbayang-bayang juga bagaimana mereka berarak megah, kemudian 'mengepung' Wisma Darulaman dengan angkuh dan takburnya.

Demikian cara mereka meraikan kejayaan.

Alhamdulillah, perangai yang buruk itu tidak dijadikan contoh oleh penyokong-penyokong BN. Walaupun gembira dengan kejayaan menawan semula Kedah, ia tidaklah sampai mengheret kami ke jalan raya, apatah lagi mengepung Wisma Darulaman atau mengadakan sekatan bagi menghalang sesiapa 'menyeludup' keluar dokumen berkenaan balak, kolam ikan keli, projek ikan tilapia dan sebagainya.

Di mana-mana penyokong BN menerima kemenangan itu dengan penuh kesyukuran, dan penuh keinsafan bahawa ia bukan untuk dimegah-megahkan.

Kami mungkin tidak berserban besar, tidak berjubah labuh, tidak juga 'menjaja' takbir, namun kami tetap tahu bagaimana kejayaan sepatutnya diraikan.

Dan kerana itu memadailah jika kejayaan menawan semula Kedah ini disambut dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan UMNO/BN Kedah, khususnya Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah, Timbalannya, Datuk Paduka Mukhriz serta seluruh jawatankuasa. Tentulah juga ucapan yang sama wajar diucapkan kepada semua ketua-ketua bahagian, ketua-ketua sayap, para pejuang di depan dan di belakang tabir, jentera di setiap peringkat dan para penyokong serta pengundi.

Kepada para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat di Kedah ni pula, terima la kekalahan ini secara gentleman. Mai la sama-sama berganding untuk menggandakan kemajuan dan kemakmuran negeri kita ni. Dah terlalu banyak masa dihabiskan dengan berpolitiking. Alangkah baiknya kalau masa itu diterjemahkan pada perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Tak usah dok ikut sangat la perangai Anwar Ibrahim tu. Dia dah makin tak siuman, jadi tak payah la jadikan dia contoh teladan..

Comments