Terkini Calon BN



Tok Pa tanding Parlimen dan DUN

KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed akan bertanding serentak di Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas pada PRU-13.

Mohamad Hasan pertahan DUN Rantau

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal bertanding di DUN Rantau, manakala Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor pertahan Parlimen Tampin.

BN Melaka pilih tiga calon wanita bertanding pada PRU-13

AYER KEROH: Seramai tiga calon wanita di negeri ini termasuk seorang muka baru dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13, 5 Mei ini.

Noh Omar kekal di Parlimen Tanjong Karang, Zulkifli Nordin bertanding di Shah Alam

SHAH ALAM: Datuk Seri Noh Omar akan mempertahankan kerusi Palimen Tanjong Karang, manakala Datuk Zulkifli Nordin bertanding di Parlimen Shah Alam.

Bekas timbalan menteri dan EXCO antara calon BN yang digugurkan

Ayer Keroh: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin antara nama yang digugurkan oleh BN Melaka sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

UPKO umum dua muka baru wakil BN di Sabah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menamakan dua calon baru mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas pegawai kanan TM calon BN di Permatang Pauh

Georgetown: Bekas Naib Presiden Telekom Malaysia Berhad (Jaringan Operasi Kebangsaan), Dr Mazlan Ismail, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

MIC dapat tiga DUN baru: Palanivel

Kuala Lumpur: Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang di Perak, DUN Gadek di Melaka dan DUN Puteri Wangsa di Johor, adalah tiga kawasan baru yang ditandingi MIC pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

4 menteri kekal tanding di Perak

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan empat menteri dari negeri itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Seri Kong Cho Ha kekal mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Parlimen Bagan Datoh, Tambun, Padang Rengas dan Lumut.

Mukhriz bertukar ke DUN Ayer Hitam

ALOR SETAR: Datuk Mukhriz Mahathir bertukar ke kerusi DUN Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), manakala Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mempertahankan kerusi DUN Bakar Bata.

MB Perlis umum tak bertanding

KANGAR: Menteri Besar Perls, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU-13.

Reezal Merican bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas

GEORGETOWN: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pak Lah tidak pertahan kerusi Parlimen Kepala Batas

GEORGETOWN: Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang disandang sejak 35 tahun lalu pada PRU-13.

Ali Rustam bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil

AYER KEROH: Melaka akan mendapat ketua menteri baru apabila penyandangnya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dicalonkan bertanding di Parlimen Bukit Katil.

Tiga penyandang dicalon semula tanding di Johor

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan bekas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Sadique (Tenggara) dicalonkan semula tanding di kawasan masing-masing.

BN Perak tampil 35 muka baru bagi DUN dan lima untuk Parlimen

Ipoh: Barisan Nasional (BN) Perak menampilkan 35 calon muka baru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima untuk kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Idris Haron bertanding DUN Sungai Udang

Ayer Keroh: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Wira Idris Haron akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

TPM ucap tahniah kepada calon BN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada setiap calon yang bertanding di Parlimen Wilayah Persekutuan pada PRU-13.

Calon BN Wilayah Persekutuan dibuat ikut proses penilaian rapi: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa senarai calon Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan dibuat selepas melalui proses penilaian yang cukup rapi.

Muhyiddin yakin BN Wilayah Persekutuan mampu tambah kerusi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin BN mampu menambah bilangan kerusi di Wilayah Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selain mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi pada PRU-12.

Calon BN Wilayah Persekutuan dianggap pilihan terbaik: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap senarai calon BN Wilayah Persekutuan dianggap pilihan terbaik kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Zulhasnan digugurkan, Ahmad Fauzi tanding di Setiawangsa

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Fauzi Zahari akan bertanding di Parlimen Setiawangsa, menggantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Abdul Ghani pindah dari Serom ke Gelang Patah

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman beralih ke kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Khaled Nordin bertanding di DUN Permas

JOHOR BAHRU: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bertukar ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Raja Nong Chik bertanding di Parlimen Lembah Pantai

KUALA LUMPUR: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Muhyiddin umum 12 muka baru calon BN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 12 muka baru bagi calon Wilayah Persekutuan pada PRU-13.

Tengku Adnan kekal bertanding di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Comments