Sambungan Kisah Jamnapari Oleh Sanggah Tok Janggut



PAS mungkin menyedari bahawa Husam Musa bakal menjadi liabaliti yang cukup besar dalam kancah politik Kelantan apatah lagi bila Husam juga turut dikaitkan menjadi tangan-tangan ghaib di atas tergadainya tanah-naha di Gua Musang yang terlepas ke tangan Cina DAP Ngeh Koh Ham dan Ngah Ko Ham satu ketika dulu malah PAS sedar sekiranya mengekalkan Husam bertanding di Parlimen akan lebih banyak lagi sampah sarap serta bangkai najis yang selama ini tertutup hasil kelicikan Husam akan dibongkar satu demi satu oleh Barisan Nasional.


PAS tidak ada pilihan namun untuk tidak menawarkan Husam bertanding ianya merupakan satu penghinaan cukup besar kerana Husam adalah Naib Presiden PAS dan bagi PAS takkan Naib Presiden hanya bertanding di Dun Salor semata-mata dan peluang untuk menang di DUN itu pun agak tipis kerana pengundi dalam DUN Salor sudah semakin mengenali siapa Husam yang sebenarnya yang dikatakan orang politik yang paling kaya raya di Kelantan.

Tindakan PAS menghantar Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya menentang penyandang kerusi Parlimen tersebut Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat oleh kalangan pemerhati politik sebagai tindakan membuang Husam daripada Kelantan dan kalah atau menang Husam di Parlimen tersebut diserahkan kepada corak politik adu domba serta putarbelit Husam sendiri demi meraih undi kalangan penjawat-penjawat awam yang telah dianggap kera oleh seorang pemimpin pembangkang.

Husam mungkin menganggap penjawat-penjawat awam ataupun kaum keluarga mereka di Putrajaya adalah orang-orang ataupun pengundi yang sama bodoh ketika memilih beliau untuk menang di Kubang Kerian satu ketika dulu dan juga DUN Salor dan sebagai pemimpin buangan daripada Kelantan,Husam sudah mula menabur fitnah demi fitnah kononnya untuk menyakinkan bahawa beliau lebih baik dari Ku Nan,PAS lebih baik daripada BN.

Kita tidak kata semua Penjawat awam ataupun keluarga mereka semuanya menyokong BN tetapi seandainya kali ini mereka memilih Husam hanya kerana tidak menyokong BN,malang berganda bagi penjawat-penjawat awam yang sekarang ini menikmati hidup yang cukup selesa di Putrajaya dan aman sentosa di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kalau mereka menganggap kepimpinan Ku Nan itu buruk,mereka terlepas pandang bahawa Husam jauh lebih buruk sifir politiknya yang hanya mahu menang semata-mata.

Apa aku nak rancang lagi ni?
Husam mula bermain sandiwara,membuka Al Qur`an bukan untuk dibaca tetapi hanya untuk diambil gambar dan jangan terkejut selepas ini poster Husam sedang memegang Al –Qur`an akan terpapar di setipa penjuru kawasan Putrajaya bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang alim zuhud atau berbagai-bagai lagi walaupun sebelum ini beliau telah memfitnah JAWI kononnya memecat seoarang AJK Surau.Namun apa pun kita penuh yakin pengundi di Putrajaya akan menolak `barang buruk’ yang PAS hantar untuk mencemarkan tanah keramat Putrajaya ini dan kita mahu warga Putrajaya mengubur serta mentalkinkan Husam yang memakai topeng Anwar ini pada 5 Mei nanti.

Baca juga suara hati seorang penjawat awam ini…

PESANAN IKHLAS UNTUK WARGA PUTRAJAYA

Terima Kasih kerana anda baca. Sekurang-kurangnya anda dapat merasai luahan ini dan sampaikan kepada sahabat kita yang kurang faham bagaimana berpolitik secara matang. Tidak bermaksud mengajar itik berenang, kerana itik itu adalah haiwan secara semulajadi dicipta oleh Allah sedemikian. Hasrat sebenarnya hanya untuk berkongsi perasaan dan rasa ingin hidup dengan aman oleh saudara mara kita nun jauh di negeri2 yang masih terkebelakang berbanding Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Saya penuh yakin, bahawa warga Putrajaya sebahagian besarnya adalah bukan penduduk asal Putrajaya, jika ada pun mungkin dalam bilangan yang kecil. Rata-ratanya adalah dari negeri lain seperti Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu dan semua negeri di semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak. Terfikirkah kita betapa beruntung kita terpilih diklangan 28 juta manusia di Malaysia ini, bahawa kita antara puluhan ribu yang tersenarai oleh Allah menjadikan Putrajaya sebagai tempat mencari rezeki?

Dalam masa yang sama kita merasai kemewahan dan kemudahan moden di Putarajaya, dengan segala infrastuktur dan suasana selamat di sini, masih ramai lagi sahabat kita yang ingin merasai kehidupan seperti kita disini. Saya salah seorang warga Putrajaya yang telah hampir 10 tahun mengecapi kehidupan disini, diberi ruang dan peluang untuk merasai hasil titik peluh pemimpin yang berusaha menjadikan kawasan ladang sawit dan hutan belukar dulu, bertukar menjadi antara bandar strategik, sehingga di minati oleh semua orang, termasuk Parti Politik.

Saya rasa anda tidak lupa, bahawa arwah Ustaz Fadhil Nor, Presiden Pas pernah berkata, "...Jika kita dapat memerintah negara ini, KITA AKAN JUAL PUTRAJAYA..." Tetapi hasrat beliau itu tidak sampai kerana beliau meninggal dunia sewaktu masih sebagai Preaiden Pas. Tapi sekarang, lain pula slogan yang digunakan, HARAPAN BARU KE PUTRAJAYA... itu kata Pakatan Pembangkang.

Apakah warga Putrajaya tidak rasa apa-apa atas kenyataan itu? Apakah Putarajaya yang Gah ini dengan usaha penat lelah sanggup di jual kepada orang lain? Apakah anda bersetuju, usaha penat lelah orang lain, tiba-tiba orang lain yang bercita-cita untuk merampasnya? Saya yakin, jika anda masih normal, anda tidak akan bersetuju.

Kita sebagai warga putrajaya, sebolehnya kita mahu bukan 1 Putrajaya, tetapi semua negeri di Malaysia memiliki bandar yang setaraf Putrajaya. Kita mahu setiap negeri, orang yang berada di negeri lain juga miliki Putarajaya sendiri di tempat mereka. Tetapi hasrat itu terlalu besar untuk direalisasikan dalam masa beberapa hari. Kita mengambil masa puluhan tahun untuk stabil dan memiliki Putarajaya. 
Terima kasih kepada Tun Mahathir, walaupun dicerca, ditomah, dihina, digelar mahazalim dan mahafiraun, tetapi jasa beliau merealisasikan Pusat pentadbiran Putrajaya ini bukan satu pahala yang kecil disisi Allah.

Kepada warga Putrajaya, ada yang akan mengundi disini dan ramai yang akan balik mengundi di negeri masing-masing. Saya yakin bahawa kekalahan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang akibat daripada PENGUNDI LUAR yang balik mengundi di negeri masing2. 

Terfikirkah oleh kita, sepanjang 5 tahun kita mencari rezeki di luar negeri masing, sahabat kita di negeri yang diperintah pembangkang ini yang menanggung azab dan sengsaranya. Kita yang berada dibandar, balik setahun hanya beberapa kali tidak merasai kesusahan mereka kerana kita mewah mncari rezeki sewaktu berada di Kuala Lumpur dan bandar besar yang lain.


Oleh sebab hukuman kita dalam PRU lalu, oleh kerana kesilapan memilih, kita hilang negeri asal kita dan dalam masa yang sama, tempat kita mencari rezeki juga jatuh kepada org lain. Org melayu Kelantan yang berada di Selangor, tetapi mengundi di Kelantan mengakibatkan kekalahan Kelantan dan dalam masa yang sama menyebabkan Selangor juga jatuh kepada org bukan melayu. Akhirnya, sehingga kini, kita terpaksa keluar Kelantan dan bekerja di Selangor, tetapi sebenarnya kita bekerja di negeri yang dikuasai oleh Cina. Sampai bila kita sentiasa menjadi hamba di negeri yang kita junjung?

Sahabat sekalian, saya tidak nyatakan bahawa kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang sempurna. Saya tidak nyatakan bahawa kerajaan ini adalah terbaik. Tetapi setakat hari ini dan sehingga kini, rasanya inilah kerajaan yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan negara2 jiran yang lain. Brunai lebih baik kerana mereka mengamalkan sistem yang berbeza, beraja mutlak. Singapura hanya sebuah pulau yang kecil, lebih kurang luas Negeri Perlis.

Hari ini kita bukan hendak pilih antara yang baik atau yang buruk....

Tetapi hari ini kita hendak menolak antara yang buruk ATAU YANG LEBIH BURUK...

Jika UMNO dan BN itu buruk, pada saya PKR,PAS dan DAP adalah yang lebih buruk.

Comments