PAS Lebih Layak




   “Kerusi ini adalah milik PAS, kita sudah bertanding di sini beberapa penggal lalu. Mengapa PKR perlu menghantar calonnya pada saat-saat akhir. Tarikh watikah yang dikeluarkan kepada calon PKR untuk bertanding di kerusi ini ialah 20 April 2013, iaitu semalam.

 Kuala Lumpur: PAS lebih layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang kerana mempunyai kekuatan jentera di peringkat akar umbi jika dibandingkan rakan sekutunya PKR.
  Calon PAS bagi kerusi itu, Mohd Yusni Mat Piah, berkata pertembungan tiga penjuru di kerusi itu membabitkan calon PKR tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merugikan pakatan.
  Bukan itu saja, Yusni yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri itu turut mempertikai tindakan PKR yang menghantar calonnya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegu Bard’ bertanding di kerusi terbabit pada saat akhir.
  “Kerusi ini adalah milik PAS, kita sudah bertanding di sini beberapa penggal lalu. Mengapa PKR perlu menghantar calonnya pada saat-saat akhir. Tarikh watikah yang dikeluarkan kepada calon PKR untuk bertanding di kerusi ini ialah 20 April 2013, iaitu semalam.
  “PAS ada tujuh kawasan di sini berbanding PKR cuma ada satu cawangan saja, jentera kami di sini kuat jika dibandingkan PKR, jika kita tutup (bilik gerakan) mereka (PKR) susah untuk berkempen. Sebab itu perlu elak pertembungan dan kena ada kesepakatan.
  “Bagi saya, PAS perlu bertanding di sini kerana di selatan Pulau Pinang belum ada lagi ‘suara’ PAS. lagi pun Nibong Tebal kita tidak bertanding di situ,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
  Pemilihan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin, menyaksikan tujuh kerusi berlaku pertembungan sesama sendiri antara PAS dan PKR.
  Kerusi terbabit adalah kawasan yang menjadi pertikaian antara PAS dan PKR seperti, Parlimen Labuan, DUN Sungai Acheh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi (Terengganu), DUN Kota Putera (Terengganu) dan DUN Kota Putera (Terengganu).
  Ditanya sama ada beliau sedia mengundur diri ataupun tidak jika pakatan hanya mahukan satu calon saja bertanding di kerusi itu, Mohd Yusni berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan parti.
  “Saya serahkan kepada pimpinan kerana saya dicalonkan di kerusi ini juga adalah mandat daripada pimpinan, bagaimanapun PAS mempunyai kekuatan untuk bertanding di sini,” katanya.
  Mengulas mengenai kenyataan Chegu Bard yang mendakwa diperlakukan dengan kasar oleh unit amal PAS yang mahu menghalangnya daripada bertanding kelmarin, beliau berkata dakwaan itu sekadar untuk meraih sokongan politik.

Comments

Itu namanya belakang pas kenapa main, tapi maaflah tak ada vedio utk itu....sendiri kena main sendiri rasa.