Wanita rahsia yang masih belum terjawab |
BARANGKALI fitnah serta
permbohongan telah menjadi darah daging Husam Musa dan kita tahu daripada mana
atau siapa guru ataupun orang-orang yang berada di belakang untuk menjadikan
beliau berani menabur fitnah terutama sekali menjelang tarikh mengundi PRU13
pada 5 Mei nanti.
Tidak cukup menabur fitnah
di negeri kelahirannya Kelantan,penyakit fitnah terus menjalar hingga ke
Putrajaya apabila beliau memfitnah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) memecat AJK Masjid serta menghentikan azan Subuh di Putrajaya.
Husam Musa sudah hilang sahsiah dan jati
dirinya dengan meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada maruah
beliau sebagai seorang Islam dan tidak cukup selama ini PAS mempersendakan
islam,Husam mula membuka laluan fitnah serta pembohongan di sepanjang kempen
PRU13 di Putrajaya.
Husam yang bertanding
menentang penyandang kerusi Parlimen Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen
tersebut kelihatan semakin terdesak dan tindakan beliau memfitnah itu
membuatkan Pengarah JAWI Dato Che Mat
membuat laporan polis dan akan menyaman Husam musa kerana memfitnah jabatan
tersebut.
Husam telah menggunakan
taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah
apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun
rakyat di Putrajaya.Nyata Husam begitu terdesak untuk menang dan tidak
hairanlah beliau terpaksa mengheret lelaki tua berumur 84 tahun untuk berkempen
bagi dirinya dan lelaki tua ini jugalah yang terus gila mahu bertanding
walaupun kesihatannya tidak cukup mengizinkan namun demi kerusi DUN
Cempaka,walaupun bertongkat,berpapah dan berpimpin,lelaki tua bernama Nik Aziz
ini juga terus bernafsu besar.
Dah jadi Husam Pantalon? |
Sesiapa sahaja yang
mengenali Husam Musa,mereka tidak akan terkejut dengan tindakan ataupun fitnah
sedemikian rupa apatah lagi sejak Husam Musa menjadi ayam sabung kepada Anwar
Ibrahim,matlamat menghalalkan cara terus menjadi pilihannya walaupun beliau
berada dalam kepimpinan PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam.
Kempen fitnah memfitnah
begini bukan perkara baru dalam PAS malah sejak Hadi Awang mengambil alih
kepimpinan PAS, prinsip perjuangan Islam amal makruf nahi mungkar bukan lagi
menjadi asas kepada perjuangan parti ini dan tidak salahlah Husam Musa
membudayakan fitnah seperti ini untuk meracuni pemikiran pengundi di Putrajaya.
Husam barangkali ingat
rakyat Putrajaya begitu bodoh serta mudah dimomokkan sebagaimana beliau
memperbodohkan pengundi beliau di Kelantan dalam DUN Salor dan kita percaya
rata-rata penjawat awam yang menjadi pengundi lebih mengenali Tengku Adnan
daripada Husam Musa yang pernah digelarkan Husam Jamnapari kerana terlibat
dalam perniagaan kambing bersama Dato Amin yang akhirnya kambing entah
kemana,Dato Amin juga terlopong menanggung kerugian.
Husam yang begitu yakin
boleh memperbodohkan rakyat Kelantan yang sebahagian besar tinggal dan menetap serta
mengundi di Putrajaya dengan memainkan sentimen kenegerian dan barangkali Husam
Musa menganggap pengundi yang tinggaldi Putrajaya itu sama bodoh dan bangang
dengan pengundi yang memilih beliau di DUN Salor dan bodoh sangatlah pengundi
di Putrajaya sekiranya mereka memilih Husam Musa sebagai wakil rakyat di
Parlimen tersebut.
Kepada rakyat atau pengundi
di Putrajaya,sebelum memilih Husam dan mahu meluapakan segala bakti serta
tanggungjawab Tengku Adnan di Putrajaya,kenalilah Husam Musa melalui buku
`Kenali Husam’ yang sudahpun diedarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar
Putrajaya hari ini.
Comments