Kuala Lumpur: PAS mengulangi pendirian bahawa pelaksanaan hukum hudud tiada dalam agenda pakatan pembangkang dan undang-undang Islam itu juga tidak akan dilaksanakan segera jika pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga turut mengakui bahawa DAP menolak pelaksanaan hukum hudud yang juga dasar perjuangan Islam yang didukung parti itu selama ini.
Beliau berkata, hukum hudud adalah agenda perjuangan PAS dan bukannya pakatan pembangkang, oleh itu pelaksanaannya juga adalah selaras dengan sistem demokrasi negara yang mana ia perlu mendapat sokongan majoriti daripada pakatan itu.
Sehubungan dengan itu Mustafa turut menyeru pemimpin pakatan supaya menghentikan polemik mengenai pelaksanaan hukum hudud dan mendakwa ia adalah perangkap UMNO untuk memecahkan perpaduan pakatan dengan menggunakan isu itu.
“Hudud adalah agenda perjuangan PAS dan bukannya pakatan, pelaksanaannya akan mengikut proses demokrasi. Setiap parti mempunyai agenda masing-masing dan hudud tidak terlaksana secara automatik sekiranya pakatan menang pilihan raya ini.
“Sebaliknya agenda dipersetujui bersama akan dilaksanakan sebaik pakatan menang. Agenda parti akan dibincangkan kemudian dan PAS yang mendukung agenda Islam akan terus memperjuangkan hukum hudud supaya ia dilaksanakan.
“Kita kena akui bahawa DAP tidak setuju hudud, namun DAP tetap menghormati kita walaupun berbeza tentang ini...malah, Tok Guru Haji Hadi pun pernah berkata bahawa kita tidak boleh paksa mereka supaya terima hudud,” katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, semalam.
Isu pelaksanaan hukum hudud terus menjadi polemik pakatan pembangkang apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum Islam itu mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu.
Mustafa berkata, isu hudud tidak sepatutnya timbul kerana perkara itu sudah selesai dan pendiriannya mengenai hukum Islam itu sudah diperakui pemimpin pakatan pada September 2011 lalu.
Sementara itu mengulas mengenai pertindihan kerusi yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, beliau berkata kawasan itu diserahkan kepada PKR yang mana calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding atas tiket PKR.

Comments