Semoga insiden yang menimpa sehingga menyebabkan kematian jurukamera sambilan RTM di Gua Musang tidak lagi berulang dalam kempen pilihan raya umum kali ini. Ajal maut ditangan Tuhan, bila tiba masanya kita semua pasti akan mati. Walaupun sudah disahkan mati mengejut oleh pihak polis, namun, sebelum itu berlaku kejadia pergaduhan dengan penyokong parti politik tertentu. Dalam soal ini, bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi ia perlu menjadi iktibar kepada kita semua.
Orang Melayu kalau berpolitik cukup taksub, sanggup bergaduh, putus saudara dan sebagainya. Hari ini orang Melayu sudah berpecah kepada beberapa mazhab politik. Politik ini hanya datang lima tahun sekali, janganlah terlalu taksub sangat. Kita sebagai orang Islam, sokong UMNO ke sokong PAS ke sama saja. Dua parti ini tidak mampu membawa kita ke syurga sekiranya ibadat kita dan suruhan Allah tidak kita laksanakan.
PAS atau UMNO bukanlah jaminan untuk kita ke syurga...renung-renungkanlah bangsa ku, jangan kita menang sorak kampung tergadai, jangan kita taksub berpolitik hingga rosak akidah kita sebagi umat Islam. Tuhan orang UMNO dan PAS tetap sama iaitu Allah SWT.
Takziah buat keluarga Allahyarham, sabarlah sesungguhnya ini adalah ketentuan Allah.

Comments