SAH AZLAN ALAT PKR.....
Tadi aku sempat pi sidang media si bapa Saiful ni, story aku tak sempat taip lagi jadi aku ambil je dulu dari AntaraPos untuk tatapan member semua...nanti ada maklumat terbaru aku update lagi nanti....
Petaling Jaya: Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini berkata beliau
menyertai PKR atas sifat "professional" namun bertegas tidak akan
mengambil sumpah laknat untuk menafikan anaknya tidak diliwat oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
"Soal sumpah-sumpah sebenarnya kalau kita tengok dalam sejarah Malaysia
pun ramai orang angkat sumpah itu dan ini. Saya tidak akan bersumpah
dan saya tegas dalam kenyataan akhbar saya (pada 8 Mac)," katanya.
Azlan juga enggan menjawab kenapa beliau sanggup memberi kebenaran
kepada Saiful, malah mengiringi anaknya itu untuk mengangkat sumpah
laknat bahawa dia (Saiful) diliwat oleh Ketua Pembangkang itu pada tahun
2008.
"Saya tidak mahu mengulas apa-apa dan saudari-saudari cuba fikirkan apakah kenyataan yang saya buat itu," katanya.
Pada sidang akhbar keduanya dalam tempoh tiga hari, Azlan berkata
beliau tidak menyertai PKR untuk mengkhianati Saiful atau anak-anaknya
yang lain.
"Saya tidak berniat sama ada untuk mengkhianati anak kandung saya, saya
tetap bersama beliau. Saya juga menghargai anak kenyataan anak saya
Saiful, yang beliau masih menyayangi saya sehingga ke akhir hayat.
"Kita kena berlaku profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan
hari ini adalah menyertai sebuah parti politik dan tidak ada kena
mengena dengan kes mahkamah, tidak ada kene mengena dengan kes anak
saya," katanya lagi.
Ditanya tentang pendiriannya bersabit rayuan Peguam Negara terhadap
keputusan mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful
Januari tahun lalu, Azlan berkata "itu hak mahkamah, itu hak pendakwa".
Beliau sekali lagi mendakwa tindakan lalunya mendesak pendakwaraya
untuk membuat rayuan itu adalah berasaskan kedudukannya sebagai ayah
Saiful semata-mata.
"Saya sebagai bapa Saiful, saya hanya membuat rayuan, sekarang kes
rayuan akan didengari pada bulan Jun, saya tidak boleh buat apa-apa,"
katanya.
Pada 8 Januari lalu, Azlan mendakwa kes liwat Anwar membabitkan anaknya
tidak berlaku dan adalah konspirasi terancang, lima tahun selepas
kejadian itu didakwa berlaku. Saiful ketika itu adalah pembantu Anwar.
Ketika itu Azlan paling lantang mendakwa Anwar "merosakkan" masa depan
anaknya dan menuntut tindakan undang-undang terhadap Ketua Umum PKR
itu.
Selepas membuat penafian dan memohon maaf kepada Anwar tempoh hari,
Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution menerima borang keahlian Azlan
untuk menyertai PKR.
Azlan dan Saifuddin tidak mengupas kenyataan terbaru Saiful bahawa
beliau berpegang kepada dakwaan asalnya iaitu dia mangsa seks Anwar.
Dalam kenyataan balas beberapa jam selepas Azlan mengadakan sidang
akhbar pada 8 Mac, Saiful berkata ayahnya diperalatkan oleh Anwar.
Beliau juga akan berdoa supaya Azlan akan pulang ke pangkal jalan.
Comments